Saturday, June 11, 2016

Perancangan Bandar dan Wilayah @ IIUM Gombak.


Assalamualaikum wbt, 

Perancangan Bandar dan Wilayah adalah satu-satunya jurusan yang diminati oleh saya sejak berada di asasi lagi. Hasil dari cerita dan kesah-kesah yang dihidangkan oleh saya ketika belajar di Asasi UIA Petaling Jaya telah sedikit sebanyak membuatkan saya mulai minat dengan skop jurusan ini. Alhamdulillah ketika ini saya sedang berada ditahun tiga pengajian, insyaALLAH lagi beberapa bulan akan menginjak masuk tahun keempat pengajian. Saya sedang menunggu pengambilan latihan praktikal pada 20 Jun 2016 di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. 

Terdetik di hati saya untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menadah ilmu di IIUM Gombak ini, dan akan terus lebih fokus untuk bercerita tentang jurusan saya dan kuliyyah yang saya sayangi iaitu Kuliyyah of Architecture and Environmental Design yang juga dikenali dengan 'KAED'. 

Di awal pengajian saya di sini (IIUM), saya telah melalui banyak liku-liku kenangan pahit dan manis sebelum dapat menjejakkan kaki di IIUM Gombak. Tidak mengapa, syukur alhamdulillah saya telah berada di sini dan lebih selesa di sini (jika tidak, mahfuzahmardy sudah pun menjadi salah seorang penuntut UTM, nyaris-nyaris). 

Bidang Perancangan Bandar dan Wilayah atau Urban and Regional Planning (URP) adalah bidang di mana pelajar diberi ilmu dalam merancang sesebuah bandar atau kawasan. Bidang perancangan ini sangatlah menyeluruh sehingga mendominasi semua aspek penting dalam pembangunan sebuah wilayah /  negara / negeri / daerah sehinggalah kawasan-kawasan kecil. Perancangan Bandar dan Wilayah akan merangkumi banyak sektor untuk diambil kira dalam merancang, menyusun dan membangunkan sesebuah kawasan. Antara sektor utama adalah Guna Tanah (Land Use), Pengangkutan (Transportation), Kemudahan Awam (Public Facilities), Utiliti dan Infrastruktur (Infrastructure and Utilities), Alam Sekitar (Environment), Sosio ekonomi (Socio-economic), Reka Bentuk Bandar (Urban Design), Perumahan (Housing), Komersial (Commerce), Industri (Industry) dan banyak lagi sub-sektor yang berkaitan. 

Jika belajar di IIUM Gombak, Jurusan ini adalah termasuk antara 5 jurusan yang ditawarkan di bawah Kuliyyah Seni Bina dan Alam Sekitar (Kuliyyah of Architecture and Environmental Design). Jurusan ini berada di bawah seliaan  Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (Department of Urban and Regional Planning) yang juga merupakan Jabatan yang berada di bawah bumbung Kuliyyah Seni Bina dan Alam Sekitar. 

IIUM Gombak menawarkan 4 tahun tempoh Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah bagi pelajarnya. Dalam tempoh 4 tahun, jika subjek studio, kami di ajar mengikut level-level yang ditetapkan mengikut Course Outline kami. Berbeza sedikit dengan institusi-institusi pengajian lain di Malaysia yang mana rata-rata antara mereka melalui proses pembelajaran studio based bermula dari NPP > SSP > LCP > SAP. (Baca lanjut tentang Planning System in Malaysia.).

Jika di UIA aka IIUM, saya mulai dengan pendedahan tentang sektor-sektor yang terlibat, Layout Plan, Masterplan, Models dan pendedahan tentang Guidelines dan DPR. Pada tahun dua pula, saya melalui proses pembelajaran tentang Rancangan Kawasan Khas (Special Area Plan) dan Rancangan Tempatan (Local Plan), kemudian pada tahun ketiga bersiaga menyiapkan State Structure Plan dan Laporan Cadangan Pembangunan (Development Proposal Report) dan tahun keempat fokus menyiapkan Project Paper serta selesaikan subjek-subjek yang berkaitan. Selain subjek studio, subjek-subjek lain turut diaajar termasuklah Planning Theory, Planning LawEconomic, GIS, Autocad, Urban Design, Transportation dan lain-lain. 

Segalanya menggunakan bahasa Inggeris ye..  (sis dah pening nak translate bi-bm huhu)

Pengajian kami lebih dekat dengan kehidupan Studio , Alhamdulillah studio URP di IIUM Gombak adalah antara studio yang tercantik dan selesa yang telah disediakan oleh universiti untuk pelajar yang mana kami diberi kemudahan set cubicle, table and comfortable office chairs, dan pantry seolah-olah kami sedang berada  di dalam sebuah Office. Menarik! Jom jadi warga URP! :D

Setiap jabatan, ia mempunyai Department Based Society (DBS) yang tersendiri. Jika URP, kami mempunyai Planmic Society. Planmic Society adalah Sub-society yang berada di bawah Kuliyyah Based Society (kbs) iaitu dikenali sebagai Archimic Society. Senang cerita begini, badan pelajar di Kaed bermula dengan MPP KAED @ SRC KAED - Archimic Society (KBS) - Planmic Society (DBS) - Batch. Jangan lupa follow ig @planmiciium dan fb @ Planmic Society, KAED. IIUM.

Oh.. MIP! 'The Malaysian Institute of Planners is a professional institute that is a membership-registered organization. Most of its members are fully qualified professional town planners, working as planning officers with various federal, state and local authorities, as town planning consultants, lecturers in universities or as planners for developers and various organisations with significant land banks'. So, jika jadi student URP jangan lupa register ye! 

Best! Cuba dulu URP tak rugi!

p/s : nanti sis sambung lagi :)


Sunday, August 3, 2014

Ghibah.

sumber : el-ilmy.net
Ghibah?
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!”. Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” Jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” 
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)


Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.

Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan. Mendengar ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.

p/s : Untuk nota diri sendiri agar tak lupa. Sisipan sumber.

Wednesday, October 16, 2013

Yang Namanya Manusia.


Tuhan berikan setiap manusia ini berbeza kemahiran inteleknya, berbeza penyampaian ilmiahnya dan sungguh benar terlalu banyak beza.

Seperti aku juga, aku punya banyak titik-titik perbezaan dengan kalian sehinggakan ada satu masa kau terlalu ghairah mempertahankan azimatmu, dan aku sangat ghairah dengan pendirian aku. Cuma satu perlu tahu, kita jadi magnet yang berubah secara damai. Magnet tidak memerlukan sebarang senjata untuk mengalihkan satu sama lain, mereka menggunakan kuasa tarikan dan tolakan sahaja. Cuba.

Bila bernama manusia hal perhubungan juga satu perbezaan. Hendak dan tidak hendak. Kemahuan dan tidak mahu. Kamu mahukan dia, dia menolak kamu. Sinonim benar dengan kenyataan realiti sekarang. Apa perlu beringat, redha. Cuba lagi.

Selesai satu masalah, ada lagi masalah lainnya. Perihal politik, ah benar! ada yang terlalu ekstrem mendendangkan propaganda masing-masing. Ya namanya pembangkang, apa lagi mahu mereka hanyalah terus sahaja membangkang. Ada yang membangkang ikut akal, ada yang membangkang ikut orang atas hebahkan apa, dia pun senang-senang jadi pak turut. Cuba berubah.

Bila orang jahil berbeza pendapat dengan orang cerdik (kata mereka), amboi sombong sahaja si cerdik rendah-rendahkan si jahil. 

Teringat pesan kawanku :

Firdaus Shafiee "Kesilapan yang selalu berlaku pada orang yang baik adalah merasakan diri sudah baik dan selamat".

Itu sahaja kemerepekan ilmiah aku kali ini. Salam Beza, Salam Aidiladha 2013.

Monday, October 22, 2012

Cara Mudah "Fix Blackberry Problems".

Assalamualaikum. 

Sedikit perkongsian ilmu blackberry untuk dikongsikan bersama. 
Kalau blackberry anda terjadi penyakit-penyakit di bawah, nanti dulu! 
jangan pergi hantar repair, repair sendiri pun boleh!

penyakit #1
penyakit #2

penyakit #3

DAN LAIN-LAIN PENYAKIT 
ATAU 
NAK UPGRADE OS PUN BOLEH GUNA

semua gejala penyakit di atas boleh diubati dengan langkah di bawah


Link Download #3 blackberry operating system 
( penulis guna Curve 8520) 

Install semua link #2 dan #3 pada computer.
Ikut steps dalam video di bawah. 


DONE! 
Selepas siap, semua applications yang pernah didownload akan hilang. 
Jadilah macam mula-mula kita beli dulu. kosong, kosong, kosong~

InsyaAllah anda mampu buat sendiri, jimat duit. 
Cuma perlukan sedikit keberanian atas risiko yang bakal anda berhadapan hahaha..
 InsyaAllah menjadi, saya dah buat dan yeayy!! alhamdulillah!

SYUKRON! 

p/s : selamat hari jadi untuk diri sendiri, hadiah hari jadi yang tak terduga bila BB dah boleh "jalan" balik!



Sunday, August 26, 2012

Cara Aktifkan NIKON SB-700's Remote Flash.

SB700- Complete Set-
Tarikh dan Masa menjadi HakMilik : 
25 April 2012 | 5.22 PM.
DRSL PRO SHOP, Digital Mall.
RM 990 + 1 year warranty. 
Original. Genuine. 

Assalamualaikum, 
Entry kali ni nak kongsi cara aktifkan Remote Flash pada External Flash SB700.

Caranya.

1. SB-700's switch ke REMOTE.
2. Skrin seperti di bawah:

---
REMOTE
GR A B C
CH 1 2 3 4
---

3. Tekan MENU dan pilih REMOTE, lepastu tekan OK.
4. Akan keluar Advanced dan SU-4. Pilih SU-4 dan tekan OK.
5. Tekan MENU sekali lagi dan akan terlihat di skrin seperti ini :

---
REMOTE SU-4
AUTO
M
OFF
---

Alhamdulillah, anda siap aktifkan SB-700 sebagai remote flash. Tapi lebih berkesan jika anda pilih Manual Mode sebab ia boleh mengawal kekuatan dan keupayaan flash. Jika anda menggunakan Auto-Mode, jarak maksimum SB-700's light sensor hanya boleh detect 7m (23 ft.) berhampiran built-in flash unit yang tersedia pada DSLR anda! 

6. Ubah ke Manual Mode, dengan gerakkan ke bawah pada slider control ke huruf "M" (Manual Mode). 
7. Anda akan dapat perhatikan M 1/1 yang tertera, ubah ke M 1/128 (which is strong enough) untuk meningkatkan kekuatan flash. Untuk ubah level, tekan "SEL" dan pusingkan sehingga mencapai level M 1/128.

Alhamdulillah, anda boleh menggunakan flash dan letakkan external flash di mana-mana spot yang menarik untuk mendapatkan kesan gambar yang bagus!! 

p/s :  Untuk offkan REMOTE, hanya switch balik ke ON. Kalau tak jadi inform saya!

Wallahualam.




Monday, July 16, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...