Saturday, December 31, 2011

Nafas Ini..Oh Kasih!

Tuju lagu :: Amar-Amani ::
kau ku sanjung kerna pengorbanan..
bagai puteri di kayangan..
tika ku lesu hadapi hidup..
kau hembuskan nafas semangat,
penawar hati..

Bismillahhirrohmanirrohim,
Seteru aku melagu kesah kesah hati, moga tidak menyongsang niat dan matlamat insyaAllah, ini kerana cinta ini punyai konflik dalam setiap jiwa, ada cinta pada yang rakus mengejar cinta dunia ada yang bergerak seiiring mencinta akhirat, kelompok cinta yang berbeda :)
SubhanAllah aku jatuh cinta, SubhanaAllah aku jatuh rindu!

Setelah membelek kitab cinta Yusuf dan Zulaikha tinta penulis Taufiqurrahman al Azizy, warkah debaran rasa dan cinta buat semua dilakar indah. Berkonsepkan novel spiritual hebat cinta dan iman berlandaskan Al Quran. Best Milik! Kisah spiritual cinta dan iman berlandaskan kitabullah yang telah dieksporasi ke dalam kehidupan pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup kaum muslimin/muslimat dalam menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidup. Mahakarya novel saat ini.

Suatu kisah disebalik novel ini..

"Assalamua'alaikum, Ustaz" sapa Zulaikha lembut. Dia bimbang sedang mengganggu tidur
Ustaz itu.

"Wa'alaikum salam." Jawab Ustaz itu.

"Maaf sekiranya saya menggangu ustaz malam-malam begini"

"Tidak menjadi masalah, sudah bangun ya??"

"Saya belum boleh tidur Ustaz. Hati saya gelisah.. saya takut, saya..."
Zulaikha menangis.

"Ceritalah apa yang berlaku?, saya akan mendengarnya.."

"Saya takut, saya tidak boleh lagi membezakan yang mana Tuhan dan yang mana Yusuf. Saya takut menyekutukan cinta saya kepada Allah dengan cinta Yusuf. Saya rindu untuk dibelai dengan kasih Allah, tetapi hati saya penuh kerinduan dengan cinta Yusuf. Adakah saya sudah menjadi manusia musyrik Ustaz?"

"Tolonglah saya, Demi Allah saya tidak mampu untuk memilih satu antara cinta dan kerinduan ini. Rindu saya kepada Allah seiring rindu saya kepada Yusuf. Bagaimana ni Ustaz? Apakah saya layak disebut sebagai hambaNya? Manusia apa saya ni Ustaz??"

"Kamu harus bagaimana lagi?" Kata Ustaz Iqbal. Dia menyambung.
"Ketika Majnun mencium dinding rumah Laila, ia tidak disebut sebagai menyekutukan Allah. Dia mencium dinding itu kerana kecintaanya ada di sebalik dinding itu. Ketika seorang wanita sedang mendakap pakaian suaminya yang telah meninggalkannya dengan linangan air mata ia tidak langsung dipanggil sebagai syirik. Sedangkan ia hanya satu perlakuan ketika manusia ini merindukan seseorang. Cuma ekspresi yang ditunjukkan. Begitu juga dengan rasa cinta dan kerinduanmu kepada Yusuf. Engkau tidak menyekutukan Allah dengan cara itu. Sebaliknya melalui cinta dan rindumu pada Yusuf menjadikan kerinduanmu kepada Allah semakin bertambah, tidak berkurang sedikit pun. Itu menunjukkan bahawa kamu sudah melakukan perkara yang sebaik- baiknya dalam agama"
"Tetapi walau bagaimanapun, kamu harus waspada dan hati-hati. Walaupun ditengah- tengah kerinduan itu muncul kemuliaan kerana kamu tetap merindukan Allah, dan saya khuatir ketika kerinduan kamu makin memuncak kepada Yusuf itu, kamu mampu menutup kerinduanmu kepada Allah. Jangan sampai kamu tertelan oleh cinta dan Tuhanmu yang satu. Jangan sampai perkara itu berlaku."

*Pergilah berjumpa Yusuf dan menyatakan hasrat. :)

Tertulis denai hari pada 0518 a.m.
31 Disember 2011.

Sumber Rujuk dan Selidik :
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha
oleh Taufiqurrahman al-Azizy








Friday, December 30, 2011

Cinta Yang Tak Pernah Padam

Tuju lagu :: Aiman-Cinta Terakhir ::
mungkinkan terputus di tengah jalan,
mungkinkan terlerai tanpa ikatan,
usah ragu dengan takdir..
mungkin kita kan berbeza haluan..

Bismillahhirrohmanirrohim,
Seteru aku melagu kesah kesah hati, moga tidak menyongsang niat dan matlamat insyaAllah, ini kerana cinta ini punyai konflik dalam setiap jiwa, ada cinta pada yang rakus mengejar cinta dunia ada yang bergerak seiiring mencinta akhirat, kelompok cinta yang berbeda :)
SubhanAllah aku jatuh cinta, SubhanaAllah aku jatuh rindu!

Allah swt berfirman "Hai manusia, kamulah yang perlu kepada Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji"
(QS. Faathir : 15)

Kita perlukan Cinta Allah melebihi cinta segala-galanya. Dia pemilik cinta, Dia pemilik hati yang merasa cinta, Dia pencetus rasa rindu dan suka, Dia memberi segalanya!

Redhakanlah dengan semua undang-undang dan keputusanNya, dan janganlah bersedih atas ujian yang mematangkan hidup sebenarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kita semua menjadi hambaNya, patuh dan tiada tara selain CintaNya.

Terlerai dalam ikatan cinta HARAM dariNya, patutlah kita bersyukur kerana Allah mengambil kita semula untuk bersujud dan mengagungkan CintaNya pula. Segalanya ketentuan Tuhan bukan? Pernahkah air mata kita berjujuran untukNya? Berapa banyak kali kah kita menangis rindu dan kecewa akan cinta manusia? Sangat lesu akan cinta ini, kerana tiada redha dan Allah tidak memandang tinggi wahai manusia!

Ragu dengan takdir Tuhan? Jangan! Ragulah dengan cinta yang kau damba dahulu, adakah cinta itu bersih suci dari sebarang noda? Melainkan kau bersama dia yang sudahpun memiliki dirimu secara sah dengan lafaz-lafaz terindah, itu sebenar-benar mendapat redhaNya. Kamu ragu Allah tidak dapat berikan pasangan yang didamba? Lihatlah, Allah Maha Baik, Maha Mengetahui, Allah tahu apa yang tersulit, Allah akan melengkapkan jua hidupmu, usah ragu!

Doa untuk sesuatu yang terbaik buat diri. Ya!! Doa senjata mukmin.

Allah swt berfirman "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik"
(Al-A'raaf : 55-56)

Bila mana kau menyesali dengan kehidupanmu, Allah ada mengajakmu bersama semula, itu kerana pintu-pintu taubat masih terbuka, penyayang kan Allah? :') Bangkitlah sahabat! Jauhi noda dan palit luka cinta yang terpesong, hadaplah diri pada Pencinta kita sebenar-benarnya. InsyaAllah!

Cinta tak pernah padam, cinta akan terus bernyala sampai bila-bila, berpadalah dan saringlah cinta itu, kerana cinta itu indah! :')

Sumber Rujuk dan Selidik :
1. Kitabullah.
2. Kitab Ingat Allah Hati Tenang.




Thursday, November 24, 2011

Indahnya Hijab



      Tatkala menasihati sebahagian ukhti yang belum berhijab, sebahagian mereka ada yang menjawab:

      "Saya juga seorang muslimah, selalu menjaga solat lima waktu dan sebahagian solat sunat, saya puasa Ramadhan dan telah melakukan haji, berkali-kali pula saya umrah, aktif sebagai penderma pada beberapa yayasan sosial, tetapi saya hanya belum “mantap untuk berhijab".

Saturday, November 19, 2011

Ibu selamanya..


"mak, bila kita nak dapat kereta, ayah si Lan tu dah beli kereta baru mak.. nak juga merasa naik kereta sendiri, kalau tak baru pun kereta second hand pun dah cukup mak"

"kita belum mampu untuk memilikinya nak, motor tu masih boleh bawa kamu bergerak, gunalah dahulu, nanti kalau ada rezeki bila Man besar Man beli la kereta apa yang Man nak, Man belajar sungguh-sungguh dulu ya!"

"kalau ada abah kan best!, boleh mintak ape saje, abah tinggal kita tanpa harta, kesian mak, kena menoreh pulak"

Artwork; Sembahyang mencegah kemungkaran..


Photobucket

Friday, November 18, 2011

Video Hijrah Bukan Sekadar Sejarah-Hilal Asyraf


Watch live streaming video from halaqahmaya at livestream.com

Tajuk : Hijrah Bukan Sekadar Sejarah-Hilal Asyraf

Mahfuzahmardy selaku team lensa yang bernaung di bawah satu komuniti blog Halaqah Maya mempersembahkan kepada anda semua sedikit santapan bicara dari Hilal Asyraf yang dijemput khas oleh Halaqah Maya. Moga mendapat manfaat!


Photobucket

Ya Allah! Aku jatuh cinta!



Assalamualaikum!
Sungguh nyaman nikmat cinta jika diperolehi pada jalan yang indah syara'nya. Ramai yang beroleh cinta manusia dan ada juga tidak, mungkin kalau tidak dapat Baitul Muslim di dunia, InsyaAllah merekalah golongan pengejar sempurna pemilik cinta Maha Agung! Cinta Allah tiada galang gantinya. Siapa tidak mengenal apa itu cinta, apa rasa cinta, dia bukanlah manusia normal yang sarat dengan anugerah perasaan itu. 

Sunday, November 6, 2011

TweetZ, A Twitter Sidebar Gadget


Tweetz letaknya pada "sidebar" desktop anda, sangat menarik dan senang untuk mengetahui timeline dan apa jua update dari twitter. Suatu aplikasi menghubungkan twitter anda tanpa perlu anda membuka web twitter. Gunakan aplikasi ini seakan anda sedang menghadap web page twitter, cukup lengkap untuk berbalas mesej dan sebagainya. Bila anda melakukan sesuatu kerja lain, tidak perlulah berlengah-lengah untuk mengetahu update terkini dengan web search! checkitout!


*Kemas kini berlaku setiap 2 minit untuk "Recent" timeline. Setiap 6 minit untuk"Replies" (Mentions), dan setiap 10 minit untuk  "Direct" mesej.


-Sesuai untuk Vista dan Windows7 sahaja-


Link Download Sini
Kalau tak dapat search web ini, dan cari  tweetz 3.1..

Photobucket

Thursday, November 3, 2011

Buat Bakal Zaujahku..


Assalamualaikum, seuntai kata yang manis lagi bermakna ana titipkan buatmu bakal zaujahku. Ana tidak mengenali anti kini, tetapi insyaAllah kita akan juga berkenal sua antara satu sama lain pada waktu yang Allah tetapkan. 

Kini ana tidak mengetahui siapakah insan yang akan berkongsi hidup denganku di hari esok, ana hanya mampu berdoa moga anti calon zaujah ana bersiap diri dengan ilmu, bukan ilmu dunia sahaja yang perlu anti kejar, biarlah akhirat juga anti membawa sekali, moga kita nanti dapat melengkapi antara satu sama lain. 

Ingatlah kehidupan yang berharta tidak menjamin apa-apa untuk bekalan di akhirat nanti, itu pesan ana. Jaga akhlak anti disepanjang kejauhan ini kerana ana berada di antara tembok pemisah hubungan antara wanita dan lelaki sekarang. Moga anti yang terbaik. 

Moga ana berjumpa dengan perhiasan dunia yang menjaga aibnya, menjaga perilaku dan tertawan dengan kebaikan yang sebenar-benar dari anti. Moga anti bahagia dalam pencarian sekarang, moga di hari depan mampu membuatkan anti senyum kesenangan akan hasil yang anti telah hasilkan. 

Moga anti terbaik buat ana. 
Wallahualam..

Photobucket

#2 |TUTORIAL| WARNAKAN LUKISAN MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP

Ada antara kita semua diberi anugerah Allah, pandai melayang mata pena, melayang alunan pensel, melukis suatu yang sangat menarik dipandang mata :)
Apa kata anda semua, percantikkan lagi dengan mewarna menggunakan adobe photoshop! mesti menambahkan hasil keberhasilan anda! 


Klik tutorial 











*penulis ingin berjinak ke kancah lukisan

Harap membantu kalian semua :)
wassalam

Photobucket

Sunday, October 30, 2011

#1 |tutorial| Signature for entry

Assalamualaikum wbt..
Ini adalah first tutorial yang penulis baru berani nak ceburkan diri, perlu ada ilmu dulu dan cari tahu baru boleh buat tutorials dan sebagainya :)

Signature.

Perlukah signature pada setiap entry?
Jawablah sendiri, penulis ingin mencurahkan ilmu sedikit berkaitan signature yang agak ringkas.
Mula-mula anda perlu ada "signature" sendiri, penulis lebih gemar menggunakan photoshop.

Jika menggunakan photoshop dan ingin menggunakannya, lihat visual tutorial di bawah.


*mahu tambah gambar @ icon terserah pada anda
Setelah siap, penulis sarankan anda gunakan photobucket untuk mendapatkan HTML code. Setelah di'upload' photobucket akan terus memaparkan HTML code, klik dan copy :)










Ini contoh HTML code daripada photobucket :







anda dikehendaki tukar/edit code seperti di bawah :







*anda nak guna signature yang penulis buat silakan guna copy paste code ini.
SINI , web tidak wujud, cuma ambil code seperti di atas pada web itu.


Seterusnya ke dashboard blog anda,














Saved! Signature anda sudah siap sepenuhnya :)
Klik 'New Post' lihat hasil.
say: alhamdulillah semua :)

*harap bermanfaat.

bawah ni officially penulis punya :)
Photobucket

Saturday, October 29, 2011

Seluar Dan Kain


Bila kita merasa sesak dalam melayari kehidupan, tatkala hati menagih kasih seorang hamba, berkata-kata tanpa sedar, aku mahu dia! Tanpa berfikir panjang, pejam celik pejam celik bayangan hitam mengatur bersama, bukan kerana ingin menemani tetapi dek hasrat hati yang silap dan salah memakan diri. 

Biar kita melunsur hari-hari dengan iman dan takwa, ilmu yang cukup, barulah kita cuba berusaha ke peringkat yang lain. Ya! ikutkan hati ingin sahaja bersama.. 

"Kau seluar aku kain, kita berbeza tapi punya hati yang tercipta.."

Sabar dalam penantian ini, moga seluarmu terjaga, dan kainku jua rapi. Kita tunggu, kita sabar.. ada cerita yang bakal kunjung tiba.. Biar masa berlagu riang, tiba saatnya kita bersama, jangan risau jangan gundah, istikharah ada meneman, sabar hati, jangan hendak beria bermain cinta :)

Benarkah itu cinta sejati?


Assalamualaikum sahabatku sekalian! 

*Bercakap tentang cinta dan kehidupan. Bila kemaruk cinta, patri janji-janji untuk bersama, bawa hubungan sampai syurga, kita couple islamik, sering berjumpa ditemani teman, meluah rasa rindu dan sayang.. -.-??
Ini luahan hati. Bila tengok mereka bercinta...akan jadi seakan ini..
Aku hanya ada dia.. 

Bila menyulam cinta, cakap mak ayah jadi yang kedua, ikut cakap boyfriend lagi penting, nak keluar dah tak payah beritahu mak ayah, wajib beritahu boyfriend dahulu, kalau dia tak bagi, tak boleh keluar. Bf is number 1!!

Bersama sudah agak lama, tipu menipu pada family, Im the big Liar!! Memanupulasikan keadaan, keluarga bawa masalah, hidup bekeluarga tak tenang seperti air sungai.. dah jadi ombak, sering berprasangka jadinya. Nak salahkan siapa ni?

Ahli keluarga jadi mangsa, mak ayah pening fikir, adik-adik tak boleh nak fokus belajar, sebab? Masalah dia.. Bila mak ayah ada penyakit atau sakit baru nak tergadah, tapi kalau yang dah meraban cinta, mana nak endah sakit atau tidak, pedulikan, asalkan bf tak sakit, hidup sepanjang zamannnnnnnnn!

Bila cari pasangan tak baik, mak ayah tak izinkan, tak restu..oh lupa! mak ayah kan dah jadi kedua penting, mula naik tanduk, tetap dengan kata hati...banyak bagi alasan, topeng dan salut juga kebaikan akan si dia, katakan juga apa yang baik, nafi pendapat orang lain. Inilah rasukan cinta tanpa iman!

Dosa dah lain kira, asal jumpa lepas rindu katanya, bermesra sampai lupa dunia, saham akhirat nanti semak, bila jumpa, izin mak ayah tiada. Habistu mana pangkat mak ayah? Hilang? Mana permata keluarga? Hilang?

Benarkah itu cinta sejati?

p/s : jangan pahitkan cinta yang manis.

Friday, October 28, 2011

Semester demi semester berlalu..

 Assalamualaikum wbt, dah lama tak update blog ni, sejak dapat cuti sem memang agak busy je.. Hari ni dapat tengok result semester 1 :) alhamdulillah.. secukup rasa dengan usaha pujah juga, terima dengan lapang dada dan bersyukur :) dan tamatlah pembelajaran bagi semester 1.
*Visual posting
(rujuk slip result yang telah disunting di bawah -.-" )
Dah lepas 4 subjek CORE :) dan tak perlu repeat paper :)
seterusnya..
Tinggal lagi 3 subjek CORE + subjek basic ( BTQ,Eng/EPT )
Kalau "lepas" semua semester 2, boleh lah dengan senang hati melangkah semester 3, kalau "lepas" juga semester 3 insyaAllah melangkah untuk ke main campus IIUM, Gombak, menyambung ijazah pula, dalam bidang apa tu wallahu'alam, kalau diizinkan Allah s.w.t diri ini ingin menyambung URP. Amin.. doakan..
:)

Thursday, September 22, 2011

Menerima Walaupun Pahit Mengundang


Wahai rakan, wahai teman, wahai sahabat..
Bukalah hatimu untuk menerima dugaan hidup ini.. irodah kita inginkan sesuatu yang selalu baik dan positif, kadang-kadang kita mengeluh dalam menerima khabar buruk dan penimpaan harap. Penerimaan sesuatu yang pahit kita akan alami juga, mencuba menerima lebih baik daripada tidak mencuba langsung.. Pasrahan dirimu wahai sahabat. juga pesan ini dititipkan buat diri ini..

Wednesday, September 14, 2011

Aku suka..



kalau korang rasa stress apa kata korang minum cairan ini, memungkinkan dapat mengembalikan kesegaran badan..


kalau korang rasa haus tahap gila, korang test la air ni jugak sebab aku jamin hilang haus (sah2 la hilang dahaga, dah namanya air)

*kalau kat cfs uia aku prefer air GEDEGANG sebab harganye rm 2 je kalau air dari peti kedai rm2.2 (botol).







kalau nak rasa berangin je dalam mulut aku prefer kunyah benda ni, memang kesukaan aku la, fuhh nikmat.

kalau nak jadi gila sekejap cuba la try coke+mentos, aku pernah try,  pening habih! nak buat GC pun kepala aku dah pusing.. so jangan try~


<------------xdelah jadi mcmni.. tapi begitulah menunjukkan kehebatan mentos yang sebenar.. KAHKAH

Sunday, September 4, 2011

Kepulanganku, kedatanganku..aku merindu..


Assalamualaikum...


Ya Allah Ya Tuhan..

Di awal pagi ini aku bangun dengan titisan air mata.. esok..berat hati ini meninggalkan keluarga yang tersayang, berat hati ini meninggalkan ibu ayah yang sangat-sangat aku rindui selama ini, hanya masa yang sekejap aku luangkan bersama mereka aku merasakan..

Ya Allah.. tidak cukup buat diri ini mencurah bait-bait rindu buat keluargaku.. Jauh aku akan tinggalkan keluarga yang akan aku bawa sampai syurga ini Ya Allah..

Kadang-kadang aku merasa tidak kuat berada berjauhan dengan keluargaku..

Kadang-kadang aku merasa tidak sanggup berjauhan dengan mereka, oleh kerana Allah telah memilihku untuk menyambung pengajian ke tempat yang jauh dari keluarga, aku ikhlaskan niat, aku redha Ya Allah..

Mereka tidak akan tahu gelora hati ini, hanya KAU yang tahu segala isi-isi hati berbicara..  Dengan masa yang ada, meraikan kemuliaan ramadhan hanya dua hari bersama keluarga, beraya hanya lima hari bersama mereka.. Tidak lagi dapat membendung perasaan ini daripada merasa kesedihan serupa sekarang ini..

Aku tersenyum, tapi jauh di lubuk hati ini.. aku tidak bisa melepaskan ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adik aku.. Aku merasa tautan kita sangat kuat.. Air mata ini berjujuran tatkala mengenangkan saat-saat kita bersama, riang tawa, tangis hiba kita kongsi..

Dulu di waktu zaman persekolahan, aku dekat dengan keluarga, ibu ayah.. semua...  Kalaulah masa boleh diundur, ingin sahaja aku luangkan masa itu dengan berbanyak-banyak kebahagiaan.. Aku sedih Ya Allah..

Moga hati aku kuat, moga diri aku kuat, moga aku boleh berdepan dengan hari-hariku di kampus... :'(


Sepanjang kejauhan, moga ayah, ibu, kakak, abang, abang mi, kak ira, adik cuya berada dalam lindungan Ya Rabb.. Aku jauh ayah.. aku jauh ibu,,, aku jauh kak, abang.. aku jauh adik-adikku... jaga diri, moga kita berjumpa lagi... moga kita boleh bawa keluarga kita sampai syurga, kak jah sayang semua, tak mahu kehilangan tautan istimewa ini..


salam sayang..


Sunday, August 21, 2011

Bingkisan Buat Temanku..


Assalamualaikum,

Dalam paluan setiap angin lembut, 
akan terbit juga kemudiannya ribut yang mengganas, 
hendak berpaling tetapi tidak mungkin kerana itulah yang harus ditempuhi jua, 
disebabkan tidak mahu kehilangan seorang teman, kuat! 
tidak akan berundur dek halangan dan dugaan, 
kerana itulah erti sebenar peneman yang setia. 

Kerana lidah terlebih dalam bicara, 
kerana pe'el yang terlebih dalam perlakuan, 
itulah khilaf yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, 
kerana spontan itu, mungkin! 

Wahai teman,
ampunkan segala dosa dan alpa, 
diri ini bukanlah sebaik yang disangka kerana..
ada jua keburukan dan kekurangan yang terpalit.

Kadang kala mungkin tanpa sedar, 
aku mengabaikan hati manja mu teman, 
usikan yang menerajang sakitnya ruang hati, 
maafkan diri ini..




Saturday, August 13, 2011

Jangan Sembereno Melihat Kisah Nabi-nabi.

 
Sedikit bingkisan atas pengalaman penulis sendiri, setelah terlihat sedikit scenes gambaran nabi Adam dan Hawa dalam cerita keluaran negara timur tengah, konfius dan merasa ketidakpuasan hati akan terbitnya cerita ini, lalu berani penulis bertanya sesuatu, inginkan kepastian akan kisah Nabi-nabi terdahulu, soalan yang dijawab ustaz FIM kesayanganku.. syukran ya ustaz! moga dijadikan iktibar, dan saring akan sesuatu filem terlebih dahulu, takut nanti akidah terpesong dek kerana sekeping cd.

Part 1 | Kahwin Muda @ Pelajar



Terdetik hati ini ingin berdiskusi tentang "kahwin muda", lebih-lebih lagi berkahwin ketika sedang belajar yang mana belum pun menamatkan pengajian mereka. Seiring dengan isu semasa dan apa yang terjadi di sekeliling ini, nah, lihat, ramai daripada golongan pelajar, mahasiswa/wi yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal ketika masih menuntut. Adakah salah? Adakah memberi mudharat? 
Pandangan dari mereka..

(kisah benar)..

review : Isteri Solehah

-ihsan google-
Dalam doaku mencari-cari wajah kasih suri hidup ini..
namun masih belum ku temui kasih hati cinta haqiqi,
rindu hati ingin berjumpa siapa dia isteri solehah,
teman hidup di kala duka, ubat tawa dua jiwa..

Ya Allah kurniakanlah pada ku isteri solehah..
Temani tika gelisah, merawat hati yang gundah..

Ya Allah kurniakanlah pada ku isteri solehah..
Temani tika gelisah, merawat hati yang gundah..

Ya Allah kurniakanlah pada ku isteri solehah..
Temani tika gelisah, merawat hati yang gundah..

Tidak ku tagih setiap hawa dua rindu bagaikan laila,
yang ku harap terima seadanya, setia cinta isteri solehah..

Download source - Isteri Solehah

A very beautiful song from this senior brother :


 
 
 
 
 
 
 
 
Young Producer/Composer/Music Producer/Vocal Arranger/Singer
Studied Communication Engineering at International Islamic University Malaysia

Wednesday, August 10, 2011

Khadijah Binti Khuwaylid.


            Khadijah bin Khuwaylid ibn Asad ibn ‘Abdul-‘Uzzah ibn Qusay ibn Kilab ibn Marrah ibn lu’ay ibn Ghalib ibn Fahr from Kinana from Quraisyh. She was descended from the same gret-gret grandfather of the Prophet, Qusay ibn Qilab.

She married successively two noblemen from Quraysh. Abu Halah an-Nabbash from Zorarah from Tameem, and bore him a son, Halah.

Friday, August 5, 2011

Kata ibu itu...Kata anak ini...


"Kekadang mahu saja ku bawa kalian dalam kandunganku, agar dapat ku dakap setiap saat. Namun ku sedar Allah ada bersama mu anak-anakku. Perlu apa kerisauan ini, kerana aku pasrah padaMu Ilahi, lindungilah anakku Ya Rabbi"

Tuesday, August 2, 2011

Senang Berubah,,

Manusia diberikan akal untuk berfikir dan merenung, sejauh manakah sesuatu itu memberi kebaikan atau keburukan pada diri. Dahulu apabila kita sedang menapak naik ke atas, menapak untuk berubah dari bawah, alhamdulillah Allah s.w.t memberikan peluang itu kepada kita, namun kini, mengapakah kita jatuh kembali? di manakah ilmu-ilmu kita dahulu, akidah mulai rosak. Adakah natijah dari "Culture Shock"? Fikir-fikirkanlah..

Rakan dan Sahabat seperjuangan,
Sekelip mata sahaja kita bisa berubah, ke positif atau sebaliknya. Perubahan ini sebenarnya memerlukan tautan yang kuat dari rakan-rakan khususnya kepada mahasiswa dan golongan yang bergelar pelajar.

Contohnya, kita ingin turun dari sebatang pokok, andaikan kita menggunakan seutas tali untuk turun ke tanah, tali itu tidak disimpulkan dan dibiarkan sahaja, tanpa simpulan, apabila kita memegangnya, kalian fikir adakah diri ini akan jatuh? kukuh kah tali itu untuk mengekang kita dari jatuh ke bawah? Jikalau tali itu dihujungnya ada simpulan sedikit, InsyaAllah dijamin kita masih lagi selamat kerana apa? kerana tautan itu membantu kita untuk tidak jatuh, samalah juga dengan kehidupan, kalau kita tidak mendekatkan diri dengan rakan-rakan yang boleh membawa kejahilan, InsyaAllah hidup selamat dek kerana tautan yang bermakna itu..

Perubahan dari diri sendiri tetapi rakan sebagai orang tengah antara berjayakah kita membentuk sahsiah diri sebenar atau sebaliknya..

Sama-sama muhasabah diri..

Sunday, July 31, 2011

Hidup Ini Umpama Daun Kering..


ATAS

Dedaunan ini pernah suatu ketika berada tinggi di atas, kehijauan, tampak segar. Bergesel-gesel bersama dedaunan yang lain. Apabila angin meniup dedaunan ini riang bergelak tawa tanpa mereka (dedaunan) sangka dan mereka mula alpa! angin yang kuat akan bertandang menyerang, mereka seakan tidak menduga angin kencang itu bisa melepaskan mereka dari dakapan dan tautan dahan yang selama ini mereka merasa senang berdampingan bersama.
 ::::::::::
Dari darjat atas inilah kita perlu berfikir ;
Apakah kita merasa terlalu senang berada di puncak? Masihkah hidup ini diterangi dengan cahaya ibadat pada yang Esa? Di manakah orang bawahanmu di kala kau mendapat apa yang kau inginkan, masihkah kau ambil tahu kebajikan mereka yang juga sebagai tanggungjawab kau sebagai ummat dan saudara seIslam?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)". [Surah Ali Imran : 14]


BAWAH dan LUPUS

Dedaunan ini mula merasa sudah tidak berdaya untuk hidup, sudah tidak berdaya bersama-sama rakan sepermainan, mula melangkah ke alam tua. Tidak segagah dahulu, apabila ditiup angin kencang, dia (daun) masih gagah menahan dan mendakap pepohon itu, kini tidak kuat lagi, semuanya berlalu. Dengan hanya tiupan angin lembut sahaja, sudah mampu menggoncangkan jiwanya dan dakapan itu, lantas tidak lagi dapat bertahan di atas sana, perlahan-lahan jatuh ke tanah. Di tanah inilah hidup dedaun ini mula merasa mahu sahaja berada di atas sana kembali, tetapi semua itu tidak mungkin, tiada siapa yang mampu mengangkatnya kembali, kerana itu, dedaun ini sedar dan mula menerima keadaannya di kala itu. Mula merasa waktu itu memamah badannya (daun), mula menunduk pada Ya Rabb dan Penciptanya. Masa berlalu, dan kini daun itu mula lupus dengan tanah itu.... Tiada!
::::::::::
Allah lontarkan sedikit kemewahan, kita cepat sahaja alpa, Allah s.w.t menduga tidak mengira waktu, kadang-kadang apabila kita sudah merasa senang dan aman berada di atas, kita jatuh dek kerana kesalahan kita sendiri lalu mengeluh dengan hidup, walhal Allah s.w.t telah pun memberi kemewahan itu sebelum ini, tetapi tidak menggunakannya dengan sebenar-benar. Berada di bawah, barulah hendak melihat kekuasaanNya, biasalah...

Berbicara tentang hidup pula, hidup kita pada hari ini, umpama hidup di PENGHUJUNG USIA. Penghujung usia bukan diterjemah untuk masa tua sahaja. Kematian itu bukan diukur dan dikaitkan oleh usia semata-mata tetapi masa. Waktu yang tidak kita pernah tahu bila, bagaimana kematian kita, di mana ia akan berlaku. Tidak ada sesiapa yang mengetahunya melainkan Allah yang Maha Mengetahui dan melebih segala-galanya. Dan kematian itu bukannya pengakhir buat kehidupan namun kematian itu merupakan pintu permulaan hidup kita sebelum melangkah ke negeri yang abadi. Segala amal dan bekalan dipersembahkan di sana. 

"Belajarlah mati sebelum mati..."

Wallahu'alam..

Saturday, July 30, 2011

Nantikan Aku.. Kerana Aku Mungkin Jodoh mu..


Dahulu pernah kau ucap patah cinta rindu buat diri ini,

dan...
pada suatu hari, kau bersuara menyatakan....

"aku sayang kamu, demi Allah s.w.t! Aku mencintaimu.. tetapi.... tetapi....aku merasa tidak kuat lagi.. aku takut melalui hubungan ini, hubungan yang tidak halal bagiku dan bagimu, hubungan yang membawa kepada rendahnya imanku, rendahnya imanmu.. Kerana aku sayang kamu, aku merelakan hubungan ini dipisahkan, nantikan aku datang semula menyuntingmu di atas nama halal, dengan janji akad nikahku.. nantikan aku di batas waktu itu.. Sekiranya kau jodohku, aku terima dan aku amat bersyukur sekali, moga beban dosa kita selama menyulam perasaan ini membantu kita lebih dekat dan menyedari akan hakikat hubungan ini sebenar-benarnya.. "

Sunday, July 24, 2011

Diari- Aku merasa terbeban, tetapi itu hanya sekelumit ujian.

Ya Allah.. aku merasa hidup ini terbeban dek hanya sekelumit dugaan yang aku hadapi setakat ini, mengapa aku merasa sehingga tahap ini? , Ya Allah terlalu banyak masalah yang membebani fikiranku, membebani keringat dan kekuatanku selama ini.. Aku merasakan diri ini rebah, tak larat untuk bangkit sehingga aku terdetik rasa tidak mahu lagi belajar, kerana sekelumit ujian ini kau berikan, aku sudah mengeluh Ya Allah.. Berdosa aku padaMu.. Maafkan aku...

Kini, alhamdulillah aku merasa sedikit kekuatan setelah aku mula berfikir ke hadapan.. Pancaindera ini aku gunakan.. melihat keEsaanMu Ya Allah...KeAgunganMu Ya Allah... di luar tingkap bilik ini Ya Allah.. :'(

Maaf, selama ini aku kuat, dan insyaAllah aku akan meneruskan kekuatan ini, anugerah yang Engkau berikan.. 

Isi hatiku berbicara harini, mungkin perkongsian ini mengurangkan beban di hatiku dikala ini.. Ya Allah kuatkanlah hatiku, kuatkanlah aku.. jadikanlah aku pelajar yang baik buat pengajianku, jadikanlah aku anak yang soleh, yang boleh membanggakan ibu bapaku.. :'(

Hanya PadaMu aku berserah.. Kuatkan aku menghadapi hari-hariku yang mungkin masih panjang, mungkin sebaliknya... Amin

Friday, July 22, 2011

S.A.H.A.B.A.T (K.A.M.I)

Dulu kita selalu sama-sama, pergi ke mana pun awak ajak saya, saya happy sangat masa tu, tapi sekarang kita dah lain, hubungan kita tak serapat dulu, saya rasainya, :(

Awak dapat belajar OVERSEA saya dalam negara sahaja, sebab result SPM saya tidaklah seGEMPAK result SPM awak.. Tapi kita tetap berkawan walaupun kepintaran awak melebihi saya punyai..


Awak suka "main-main" tapi awak tetap jadi pelajar cemerlang..
"main-main" saya tidaklah membuahkan hasil macam awak, tapi alhamdulillah kita sempat menjadi antara pelajar yang cemerlang di sekolah, tapi saya masih rendah diri dengan awak, sebab awak yang TERcemerlang..
Awak selalu bagi sokongan pada saya, sampai sekarang saya ingat..
Awak jaga diri awak baik-baik kat tempat orang, kalau awak dah lupa saya, ingatlah saya tak pernah lupa awak, awak selalu dalam dakapan doa harian saya..

Mungkin awak rindui saya, tapi jarak menjadi pemisah, dah lama kita tak calling2 msg2..
Facebook awak pun tak aktif.. asyik offline saje..
saya tahu awak busy, saya faham..
tapi ingatlah, saya selalu ada di samping awak walau bukan jasad menjadi buktinya..

SAYA SAYANG AWAK tau..
kita sama-sama pimpin tangan tau.. 
kalau awak jatuh, saya bangunkan awak,
kalau saya terjelepuk awak angkatkan saya tau...


p/s : jarak bukan alasan dalam erti persahabatan.

Tuesday, July 19, 2011

Anak Kecil Menegur..

Di bawah pokok yang separuh redup disebabkan masih lagi ada sinar cahaya matahari mencampak di bawah dedaunan pohon, sepasang pasangan yang bercinta telah memulakan kisah...

"abang... kalau ditakdirkan kita tak sempat bersama, tak sempat ke jinjang pelamin, tak sempat bertunang adakah hati abang tetap pada sayang??" kata sayang sambil menyentuh lembut tangan insan tercinta, badan dirapatkan tanda ingin benar bermanja..

"sayang.... walau apa yang berlaku, nama sayang selalu terpahat di hati, jiwa raga hanya untukmu sayang, jangan pernah sayang ungkapkan kata-kata itu, abang tak mampu berpisah dengan sayang, abang milik sayang, sayang milik abang..." jawab abang lantas bertindak balas dengan sentuhan mesra sayangnya. Memandang buah hati sebenar-benar kasih sayang, lebih kasihnya dari kucing kesayangannya di rumah. 

Angin sepoi-sepoi bahasa Urdu bertiup tidaklah seberapa lembut seperti Softlan dan tidaklah seganas Singa di lautan.. Menyelinap di setiap pipi pasangan ini, seakan-akan angin yang berhembus tahu akan kesyahduan hati pasangan itu.. 

Lalu seorang anak kecil dalam lingkungan umur 3 tahun 4 bulan atau lebih 2 bulan, tidak tahu dari mana datangnya.. dipendekkan cerita, anak kecil itu mendapatkan tempat berdekatan dengan pasangan tersebut, sinar matanya tertancap melihat mereka yang sedang bercengkeram dan bertenggek seperti burung kepatahan sayap.. aduhh..

"abang, kakak! dah kawin ke?" soal si adik manis ini sambil mendekatkan dirinya ke pasangan abang sayang..



Mereka terdiam.. sambil berpaling muka ke arah masing-masing, memandang kehairanan, terus melepaskan tangan, terasa diperli..

Setelah menunggu dalam masa lebih kurang 5 minit setengah (1/2) tanpa jawapan dari pasangan itu, anak kecil ini menyuarakan suara hatinya..

"Penzina yang berani buat maksiat dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya  secara sembunyi-sembunyi abang.. kakak...abang, kakak tak takut nanti kena rotan sheratus kali.. "
katanya..

Sayang Abang.. TERUS MENUNDUK...

MELEPASKAN TAUTAN TANGAN.. 

BERLALU MENINGGALKAN ANAK KECIL ITU..

TINGGI ILMU ANAK KECIL ITU, DARI ILMU DIRI MEREKA YANG SUDAHPUN SEPATUTNYA DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA BURUK YANG MANA BAIK..

Malu bukan?

Wallahu'alam..







Saturday, July 2, 2011

Hiasan terbaik itu Wanita...

Assalamualaikum wbt...


Berjalan-jalan di muka bumi ini, tanpa henti menyusur arus-arus hidup, menghirup udara dan bekalan keperluan dariNya menjadikan diri ini sayu menunduk pada Pencipta, luas terbentang langit-langit Tuhan, lautan manusia dan makhluk tidak terkira, hebat kuasaMu ya ALLAH...


Wanita solehah itu muslimah...
Bila berfikir sejenak, kenapa wanita diciptakan Allah swt di muka bumi ini?
-sebagai peneman Adam, sebagai perhiasan yang perlu dicari gali sedalam-dalamnya kerana ia amat berharga, bukan sepenting emas, berlian, zamrud tetapi sebagai perhiasan terbaik mengalahkan yang lainnya... Anda ingin menyangkal? tidak perlu... Hargailah wanita yang diciptakan dari tulang rusuk Adam bukan menoda mereka dengan dosa dan mencipta malapetaka buat hidupnya..

Link : Free Trial/Full AntiVirus

1. Kaspersky Free Antivirus 

Top 10 Free Full version Antivirus Download





Free download – only for 30 days trial.

2. Avast Free Full Antivirus 

Top 10 Free Full version Antivirus Download



3. Norton 2011 Antivirus

Top 10 Free Full version Antivirus Download



Free download – only for 90ays trial.

p/s : tak perlu beli dan install for RM 40 above, just download, install sendiri n go on.... walaupun ada limit, duit tak terbang pun, install la balik kalau dah expired (orang bakhil bercakap) hahaha...

Wednesday, June 29, 2011

Titipan Pagi Buat Keluargaku..


Assalamualaikum wbt..
Dalam meniti hari-hari sebagai seorang hamba Allah di muka bumi Tuhan.. Aku mula berdepan dengan perasaan ini, perasaan yang menggambarkan aku kuat ikatan dengan mereka.. siapa?? Ayah, Ibu, Kakak, Abang, Abang Mi, Kak Ira, Adik Cuya.. kaulah cintaku sepanjang hidup, seiring waktu... aku bersyukur atas kehadiran kalian menyeri hidup ini..

Saturday, June 25, 2011

Suara Hati Lelaki..


Assalamualaikum wbt..

Wahai bakal teman hidupku...
Inginku berpesan agar kau tidak lupa dan lalai akan amalan harian mu, jangan kau seronok dengan dunia...

Aku sebagai lelaki yang punya nafsu dan akal, terdetik meluahkan apa yang terpendam..
Aku ingin meng"highlight"kan dasar-dasar pemakaian dan penampilan mu wahai hawa.. kerana apa?? kerana aku merasa kau sudah jauh meninggalkan tuntutan agama mu.. Pakaian mu bukan pakaian yang berlandaskan Islam, kau mendedahkan apa yang tidak perlu didedahkan, kau menyentengkan apa yang tak perlu kau sentengkan.. kau kecilkan baju yang tak patut kau ubahnya.. kenapa?? Dengarlah suara hatiku ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...