Saturday, February 26, 2011

Kenapa Mm Tak Guna Singkatan (bahasa ringkas) Dalam Entry??

Assalamualaikum pembuka bicara.. (cewah)
Posting hari ini tentang kesah Mm yang masih baru dalam dunia blog. (Bukan baru sangat tetapi barulah juga)


Kenapa Mm punya entry berbahasa atau "berkomunikasi" bagai "NERD"? Kenapa tiada singkatan? (kadang-kadang ada juga) 

Sebabnya, Mm inginkan penduduk luar a.k.a warga asing a.k.a orang bukan Melayu @ Malaysia a.k.a bukan generasi serumpun 
( banyak pula a.k.a  >_<" ) yang bertandang ke blog ini faham apa yang Mm  cuba sampaikan dari blog ini. 
[ p/s : campuran (mix) bahasa Melayu + Inggeris dimaafkan dalam setiap entry Mm. hehehe.. ]

Thursday, February 24, 2011

Situasi yang tak OK apabila berFB sehingga orang merasa Muak dan Mual!!


Dimulakan dengan assalamualaikum.. 
Mm nak share scenes yang memualkan apabila berFacebook-ing!








Balik kerja / kelas, makan, masuk bilik, Facebook status.. "On Air", then create status “What’s on your mind?”. Dah tak kesah dengan dunia luar, sampai kadang-kadang mesej+call buat tak endah. Siapa tak sakit hati? ON chat konon! :P






Bila Facebook Menjadi Bualan!!

Dimulakan dengan assalamualaikum..

Semalam Mm ada terdengar satu corong radio ini (tak pasti stesen mana) sedang riuh bercakap pasal Facebook. Tak silap time "IT" session.
(kot la) dan ada seorang pemanggil ini buat hujahan tentang Facebook. Dia dah "DELETE" Facebook katanya sebab risau tentang masa depan ( kot la), komuniti sosial yang makin sempit (kot ya), LAGHA, LALAI, menutup komposisi kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga katanya. Khusyuk jugak Mm dengar, kadang-kadang terlintas juga benar kata-kata pemuda itu, sekadar nak share, sebab Mm masih lagi menggunakan Facebook sebagai jaringan untuk meng"contact" rakan-rakan dan berkongsi idea + ilmu (kot ya) :P

Porn Content in your blog post should be STOPPED!!

Dimulakan dengan assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan dan semangat untuk berblog setelah 2 hari meninggalkan blog. Mujurlah tidak berdebu lagi blog Mm :) Rungkaian peristiwa hari ini ;

Pagi ini, Mm check list blogger yang melawat blog Mm, dan terus mengklik "nickname" seorang saudara, then terus ejen carian "jump" to his blog. (Kira macam blog walking la, menjengah ke blog lain)

"zaaaaaaaaaasssss" dah macam halilintar saja bunyinya. Isi kandungan blog tersebut berunsur "porn". Sekali pandang gambar entry, Mm terus away dari blog tersebut. Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Nau'zubillah..

Nama "nickname" MELAYU a.k.a ISLAM. Sekali jengah?
berkecamuk saja darah ini. MARAH!

Saturday, February 19, 2011

Mereka Gay? Anda lihat, Anda jawab!

Dimulakan dengan lafaz assalamualaikum.

Gerun apabila mendengat patah kata “Gay”. Kalian mesti sudah lali dengan masalah/khabar ini, tetapi adakah anda hanya membatukan diri? Buat tak endah? Tak kesah? Bukan hak anda untuk ambil tahu?

Astaghfirullahhalazim..
Kali ini, dengar dan bacalah keluhan dari Mm! :)

“hidup mereka, bukan hidup saya”

 “biarkan saja, selagi dia tak kacau hidup kita..” 

“no comment!”

Nah, jawapan ini mungkin akan terkeluar dari bibir-bibir masyarakat di luar sana! Dengan mudah membiarkan mereka terus hanyut ke alam dunia hubungan songsang. Disebabkan inilah golongan homoseks  “naik tanduk”, “naik kepala” dan segala macam “naik” lagi.  Umat Nabi Luth mengingkari syariat Islam dan menjadikan nafsu sebagai raja dalam diri mereka.

Masih ingatkah balasan Allah s.w.t seketika dahulu kepada golongan umat Nabi Luth ditelan bumi yang jelas terkandung dalam Al-Quran?

Friday, February 18, 2011

Wanita vs Muslimah?

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum".

hye! muslimah-muslimah syurga!
Kali ini entry tentang kehidupan! 
nah, pagi-pagi lagi terasa nak update. Teringat time menghadiri PMGANU'11, ada perkongsian ilmu tentang bab ini. 

Wanita vs Muslimah. What? Sama tak?  >_<"
*Dari sudut pandangan Mm : 

Dalam bab ini Muslimah merupakan golongan hawa yang beragama Islam, baik tutur kata dan mengamalkan kehidupan dan syariat Islam. Mereka kuat menepis godaan, berjihad tanpa gentar, rela berlabuh jauh nun sana mencari ilmu, "menunduk" jika perlu (konteks aurat dan penjagaan pandangan) dan segala input mereka diterjemahkan kepada khalayak (perkongsian ilmu).

Thursday, February 17, 2011

Adat dan Tabiat "Copy" dan "Paste".

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum".



Pagi-pagi lagi Mm dah start untuk ber"posting-posting" sakan. Bukannya saja-saja nak bangun pagi ini, ( mengharapkan perubahan untuk terus bangun awal untuk hari-hari hadapan :P ) cuma nak bagi "Ceramah" sedikit tentang kehidupan berblog. Celoteh pagi ini tak panjang pun, dah dipendekkan :)


Adat dan Tabiat "Copy" dan "Paste"
     Entry/Post dari blogger di luar sana kadang-kadang tidak mengamalkan ADAT berblog sehinggakan mereka asyik meng"copy paste" a.k.a ciplak hasil suntingan blogger lain a.k.a others people. 

Wednesday, February 16, 2011

Full Speed™ Bantu Kelajuan Capaian Anda!

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum".
Berjam-jam menghendap kandungan -jaringan internet- ini, sehinggalah terjumpa "sebuah" software yang "perfect" Full Speed™.. choyy! <3 Tak sia-sia pelayarian Mm selama ini ops! pelayarian? (adalah hak saya untuk mengeluarkan ayat baru) :P
Dengan kelebihan seperti dilampirkan di bawah, Mm terus mencuba software yang boleh diletakkan dalam sub-category terbaik dan perlu di "share" kepada semua. Nah, hasilnya pengendalian untuk surfing, download dan sebagainya amat memberangsangkan.  Full Speed™  menyediakan Sistem Operasi Windows dan Browser anda akses internet kelajuan tinggi yang optimum dan menyediakan prestasi terpantas untuk sambungan anda!

Rindu Ibu,Ayah dan Adik

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum".




Sudah hampir seminggu tak jumpa "mereka", sudah semestinya rindu tak terkata. Dikejauhan anaknda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu,ayah, dan adik tercinta di sana. Moga sentiasa dalam keadaan baik-baik belaka.  Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk ayah Mm melunaskan mimpinya untuk ke Indonesia iaitu kampung halaman ayah yang sudah sekian lama ayah tinggalkan setelah merantau ke Malaysia. Harapan kami di sini, moga kesejahteraan membimbing perjalanan kalian. 

Tuesday, February 15, 2011

Maulidurrasul.

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum".

Rakan-rakanku. Muhammad s.a.w utusan Allah. 



ummati, ummati, ummati..
marilah kita sahut seruan Nabi junjungan kita, moga bersama menjadi umat baginda sepertimana yang baginda harapkan. Saat hembusan nafas terakhir menjadi lambang kekuatan dan kasih sayang baginda kepada umatnya. Takut akan kehidupan umat baginda setelah baginda wafat, kerana baginda tahu umat baginda tidaklah sekuat mana berdepan dengan dugaan dan halangan. 
Doa baginda disambut, Amal baginda diterima. Kami umat Muhammad s.a.w mengimpikan anugerah itu juga. 

Syukran :)

bighandesign

Monday, February 14, 2011

Mp3 Cutter.

Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum”.


Ramai yang bertanya, bagaimana nak download mp3 yang dah "dipotong". (mahu bahagian chorus dan lirik yang disukai sahaja). Tersenyum pula saya sendirian (bukan mahu berbangga) :P 
begini kawan! kenapa perlu menyusahkan diri hanya untuk mendownload "cut songs" itu. (lagak macam betul-betul boikot dengan agenda mendownload kan?) up to me la. Ok!

SAVEVID.

MENDOWNLOAD VIDEO TANPA MEMERLUKAN SOFTWARE.
Dimulakan dengan lafaz “assalamualaikum”.

Kawan! Perlukah kita mendownload application/software untuk dapatkan video yang kita gemar dan diinginkan? Exp: utorrent, youtube downloader dan sebagainya. Kehidupan menagih kesenangan. Betul! Tidak perlu lagi memberatkan laptop/computer hanya untuk mendownload sesuatu video. Mudah! Kali ini MM ingin berkongsi satu web untuk mendownload video tanpa perlu mendownload software. Dengan hanya meng”copy paste” link dari youtube. Ianya selesai! DOWNLOAD!

Savevid.com adalah alat yang memberikan anda kemampuan untuk mendownload video dari sites video streaming. Anda boleh mendownload video dari Youtube, Google Video, Metacafe dan banyak lagi dalam pelbagai format ; FLV, AVI, MOV, MPG dan WMV.


Syukran! :)

Tuesday, February 8, 2011

Hadir Diri.

alhamdulillah saya selesai menjalani/menghadiri kem PMGANU'11 (3/4/5 February 2011).Rentetan kem ini akan saya "luahkan" serba sedikit. Banyak ilmu yang bermanfaat saya dapat sehinggakan boleh merubah tekad yang dulunya saya katakan "Tidak" kepada "Ya". Saya boleh berubah! InsyaAllah. Saya akan garab semua ilmu yang dapat saya timba di sana. Ilmu dikongsi matlamat diri dicari. Saya tidak akan berdiri untuk berjihad seorang diri, kerana saya tahu/kenal rakan/sahabat juga bersedia memenuhi saf-saf jihad ke arah kebaikan. Alatan perang juga kalah jika kita bersatu, berkongsi ilmu sambil berdakwah tanpa paksaan itulah sebaik-baik dakwah. TIADA PAKSAAN. "Set mind" perubahan tidak memerlukan paksaan tetapi dorongan orang sekeliling :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...