Saturday, February 19, 2011

Mereka Gay? Anda lihat, Anda jawab!

Dimulakan dengan lafaz assalamualaikum.

Gerun apabila mendengat patah kata “Gay”. Kalian mesti sudah lali dengan masalah/khabar ini, tetapi adakah anda hanya membatukan diri? Buat tak endah? Tak kesah? Bukan hak anda untuk ambil tahu?

Astaghfirullahhalazim..
Kali ini, dengar dan bacalah keluhan dari Mm! :)

“hidup mereka, bukan hidup saya”

 “biarkan saja, selagi dia tak kacau hidup kita..” 

“no comment!”

Nah, jawapan ini mungkin akan terkeluar dari bibir-bibir masyarakat di luar sana! Dengan mudah membiarkan mereka terus hanyut ke alam dunia hubungan songsang. Disebabkan inilah golongan homoseks  “naik tanduk”, “naik kepala” dan segala macam “naik” lagi.  Umat Nabi Luth mengingkari syariat Islam dan menjadikan nafsu sebagai raja dalam diri mereka.

Masih ingatkah balasan Allah s.w.t seketika dahulu kepada golongan umat Nabi Luth ditelan bumi yang jelas terkandung dalam Al-Quran?


Rungkaikan dan renungkan isi kandungan Al-Quran tentang kisah umat Nabi Luth dan hubungan sejenis, di antaranya kandungan surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 - 175 , surah “Hud” ayat - 83 , surah “Al-Qamar” ayat 33 - 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10.
Umat Nabi Luth mengingkari syariat Islam dan menjadikan nafsu sebagai raja dalam diri mereka.
Apabila Kota Sadum hancur, terselamatlah pengikut setia Nabi Luth dari bencana yang dilemparkan oleh Allah s.w.t kepada makhluk yang menidakkan kebenaran, menjadikan nafsu sebagai ukuran, ingkar perintah! Nah, hasilnya tenggelamlah mereka!

Apakah manusia akhir zaman tidak takut untuk melakukan perbuatan terkutuk itu??
Dunia sudah terkandung golongan ini! Lalu bagaimana?? (Anda jawab!)

"Page" PGMK di Facebook.
p/s : 5100 people like this.
        Tidak kurang sesetengah masyarakat Malaysia sendiri yang membanggakan status “kegayan” mereka pada dunia luar, masyarakat sekeliling, media massa dan paling mudah melalui laman jaringan sosial.  Bukti?
          
         Sehingga kini di laman Facebook, banyak kelab dan persatuan ditubuhkan khas untuk menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan masing-masing. Golongan professional juga “take part”! Pelajar! Oh dunia..

Antara page persatuan/kelab yang popular di Facebook : 
PERSATUAN GAY MALAYSIA KEBANGSAAN.
Ramai yang “like” page ini! Nauuzubillah, memalukan! Ramai dari golongan Islam

Alhamdulillah, masih ada masyarakat yang “concern” tentang page ini.  Ada yang mewujudkan anti page berunsurkan Gay. Terima Kasih Mm ucapkan! Sama-sama berjihad!
Fikir sejenak.

Antara "Page" yang aktif anti-PGMK.

p/s : Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita bukan membenarkan hubungan terlarang sesama jenis! (itu perlu ditegaskan)

KAMI MENDOAKAN KALIAN! TINGGALKAN DUNIA GAY/SONGSANG! KEMBALI KEPADA FITRAH ASAL!

Kepada yang masih lagi mengamalkan hubungan terlarang ini, Mm menyeru kalian untuk segera bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat anda! InsyaAllah..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” Surah al-Furqan ayat 68-70.

Sama-sama beringat! Juga untuk diri sendiri!

Wallahualam..

Syukran :)

13 comments:

  1. erm...
    sye pn x phm np sek songsang smakin b'leluasa...
    mgkin dunia akhir zaman..
    sume je dh kembali ke zaman dulu..

    ReplyDelete
  2. tak sangka wujud persatuan gay,,teruk2

    ReplyDelete
  3. hana : salam.. kalau try survey page itu, anda lihatlah berapa ramai lelaki yg kita nampak maskulin+macho+gentle terlibat dgn bnda2 ni..
    kdg2 dah b'anak pinak, tp mereka ttp ke arah itu,, dunia akhir zaman.. sungguh! xtahan dgn p'akhiran sebegini rupa kan hana.. :)
    takut menghadap dunia! Moga diberi kekuatan kepada kita semua :) Amin..

    ReplyDelete
  4. Eqmal : yap! wujud, dunia sekarang bbagai2 persatuan dah ada :(
    harap-harap kita tak join ya!

    ReplyDelete
  5. pinjam link ye,,nak buat artikel tentang ni,,

    ReplyDelete
  6. fromTARIKAT NOHIYAH
    tomgcsf2005@yahoo.com

    dateSun, Feb 20, 2011 at 9:52 PM
    subjectfuck animal the best, dude!
    mailed-bygmail.com

    hide details 9:52 PM (0 minutes ago)

    dont believe? try 1st lah as you did with same sex last time...

    http://www.mazidulakmal.com/2011/02/gay-dan-jalur-gemilang.html

    http://www.mgcsf.org/info.htm

    ReplyDelete
  7. Saya dah letak link ni dalam entry saya hari ini..
    Huhuhu..
    Terima kasih atas keprihatinan~



    Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari

    ReplyDelete
  8. ape lah nak jadi.....tanda2 manusia akhir zaman...

    ReplyDelete
  9. SUBAHANAALLAH.apa nk jadi dgn dunia skang..ermmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...