Tuesday, March 29, 2011

PSP®go vs PSP®3006

Assalamualaikum..
*Mm is Aku
Semalam aku ada borak dengan sahabat aku ni , Epa Jilani then terkeluarlah topik pasal hadiah-hadiah yang ingin dia monopoli after dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM (9A) wow~!
Si Epa Jilani tak suka hadiah handphone. Katanya la.. 

Then aku ada la tanya pendapat dia, Ps apa yang sesuai untuk aku?
tiba-tiba dia melalak... 

"tak terfikir plak playstation, aku nok ahhhhh!"
 *lebih kurang begitulah ayat yang dilontarkan pada aku.. 
(dia nak demand benda tu... aku pun nak..)

*Tapi dia prefer nak Ps biasa tu, Ps2 Ps3.. Tapi aku tak minat! Sebab apa? Sebab nanti time study (insyaAllah) mungkin tak boleh bawa TV.. So, lebih baik aku bawa PSP! 2 in 1.. 
Kan senang nak godek pergi mana-mana.. ye tak? :-P
Then...
Begitulah seterusnya... bla..bla..bla... 


Dari penggunaan Paint ke Photoshop!

Assalamualaikum..

Benda yang ringkas macam ini pun Mm nak review. 
Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dapat kongsi bersama kalian. 
Mungkin selama ini kalian asyik sangat guna Photoshop nak edit-edit, dan kalian mulai lupa asal usul kalian, dari mana kalian mula mengenali "lukis-lukis" dalam laptop@komputer kalian.?? hiks...

Kenapa Aku Happy Sangat??

Assalamualaikum...
*perubahan Mm kepada Aku 
(why? sebab sonok tula mls nk b'formal2)...

mood : happy je..
:tergedik lebih2 plak dah!:

Sejak 2 menjak 3 menjak ni...
Actually aku xtau knp ak hepi sgt ni...

Monday, March 28, 2011

Terima Mesej Amaran Infeksi Pada Dunia?!

Assalamualaikum...
Sekadar gambar. Source : Movie

Mm ada satu hebahan yang nak dihebahkan (erk)..
Semalam, semasa sedang khusyuk mendengar taklimat berkaitan hala tuju pelajar lepasan SPM di sekolah, tiba-tiba ter"vibrate" pula handphone Mm. Mesej dari number apa Mm dah lupa sebab Mm dah terpadam mesej itu.

Tapi memang "shocked" juga sebab terselit amaran tentang INFEKSI yang akan melanda dunia. Mm nak percaya 100% tak boleh juga, tak nak percaya pun.. entahlah. Takut juga, Mm ada tanya pada kawan-kawan. Ada juga yang dapat mesej yang sama. Tersebar...

Sunday, March 27, 2011

Saat Bersama.

Assalamualaikum..

Saat suka dan duka dalam sebuah persahabatan itu sangat bermakna dalam diri setiap individu. Dalam menongkah gelombang hidup, merekalah peneman, merekalah harapan, merekalah pembantu apabila tiba detik kita mula menghenyakkan kehidupun ke bawah serta mula beransur-ansur untuk jatuh.. Huluran tangan mereka tanda bantuan tidak mungkin dapat dilupakan..

Saat bersama rakan-rakan.
Dari kanan: mimi, mira, Mm, pika, dan tikah.


Saturday, March 26, 2011

Contest : Luahan Hati Anda Kepada Dunia!

Assalamualaikum..
Hari ini Mm terasa nak buat satu "Contest".
Apa kata kalian join sekali. 
Luahan Hati Anda Kepada Dunia
Luahan yang unik dan terbaik di mata Mm akan dapat topup RM10 (Celcom)
Senang!
 Anda tidak perlu menulis entry tentang contest ini, bagi link atau apa sahaja yang memerlukan keringat yang banyak! huh!
Tuliskan luahan anda pada "post comment" entry ini!
( Bentuk luahan BEBAS, sajak, ungkapan dan lain-lain diterima. )
Tarikh Tutup: 5 April 2011.

Fav : Yang Mana Satu Laptop Dambaan Kalbu??

Assalamualaikum..


Kenapa Mm review pasal laptop secara tiba-tiba? Huh!
Sebenarnya Mm dah lama teringin nak cari @ grab satu laptop dambaan hati, yang cukup sifat dan segala keperluan hidup! Bukan mudah nak mendapatkan satu laptop dambaan hati. Sehingga kini, Mm masih mencari dan menyelongkar satu per satu laptop/notebook dan sebagainya untuk dijadikan peneman hidup Mm yang baru. Huh!

Acer Aspire 4741G
Bukan tidak bersyukur dengan laptop yang sedia ada. 
Memang tidak dinafikan Acer Aspire 4741G ini agak bagus dan santai dari segi penggunaannya, tetapi apa kan daya, hati mula memberontak inginkan suatu yang lebih ADVANCE!
(Harap lappy Mm tak merajuk buat masa sekarang) :P
Mm masih perlukan KAMU lagi... :) (nada pujuk)

Terjah punya terjah Mm terjumpa satu statistik “kepopularan” laptop dari segi jualan dari sebuah web;  cheaplaptopcomputersdeals.com

Friday, March 25, 2011

Fav : Sony Ericsson Satio !!

Assalamualaikum..

Wah hari ini Mm nak share gadget yang telah menyentap jiwa Mm. Sejak "search" handphone dengan agen carian Google, tiba-tiba (cewah) Mm tertarik pada sebuah handphone. Reka bentuk unik, moden, spesifikasi handphone yang agak jauh lebih membangun, boleh kata "ada style laaaaaaa". SE Satio!!

Kalau ada yang baik dan berhati suci,murni yang nak bagi, Mm terima dengan hati yang tersangat-sangat GEMBIRA!... Nak juga merasa SE Satio ini. Teringin sangat!

Thursday, March 24, 2011

Alhamdulillah.. Dengan Apa Yang Diperoleh!

Assalamualaikum..

Dulu-dulunya Mm ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan seperjuangan SPM 2010 yang telah merangkul kecemerlangan dan kejayaan. Kepada yang kurang cemerlang tidak mengapa, jangan mudah untuk berputus asa kerana perjalanan hidup masih jauh dan memerlukan kesedaran tanpa perlu berpaling ke belakang. 

Cukuplah "DOWN" hari ini menjadi "UP" masa depan. InsyaAllah. 

Tidak putus-putus ucapan Alhamdulillah Mm kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kejayaan ini kepada Mm walaupun tidaklah "tersangat cemerlang". Sekadar penghibur duka lalu yang Mm pernah duduk di bawah dan kini bangkit merampas kedudukan "atas" kembali InsyaAllah.. 
Rasa kesyukuran yang teramat sangat kepada Pencipta diri ini atas pemberian anugerah yang sedikit sebanyak telah memberi suntikan semangat untuk Mm terus melangkah mencari ilmu di muka bumi ini. Moga kejayaan terus menapak untuk kemudian hari. InsyaAllah..

Tuesday, March 22, 2011

Debaran Hari Esok (result SPM)

assalamualaikum..
esok nak ambil result Spm 2010 Mm.. berdebar-bdebar la. Tak tidur malam jawabnya. Doakan kejayaan Mm dalam exam ini. Moga kawan-kawan juga menemui kejayaan dan kecemerlangan yang diimpikan. 

p/s : buntu nak ambil slip atau tidak esok. Rasanya tak, sebab tersangat debar! Msg Result sahaja rasanya..:P

siapa-siapa yang takut macam Mm cuba buat cara di bawah :

Taip : SPM RESULT (NO KAD PENGENALAN) dan Hantar SMS ke 15888

doakan ya! 
wallahu'alam

Thursday, March 3, 2011

Pixas : Langkah Terakhir Seorang Pelajar



Quote:
Menuntut ilmu tidak akan pernah mmenemui garis penamat.
Setiap ketika, detik, saat.. kita dihinggapi dengan ilmu. Kadang kala,  berlaku pertukaran ilmu tanpa sedar.
Perjalanan sebagai seorang pelajar sekolah menengah membawa benih kegembiraan.
Mana mungkin dapat dilupakan, saat manis bersama rakan, dimarahi guru, meniru, tidur, belajar dalam kumpulan.
Satu pakej yang susah untuk dibicarakan.
Kenangan berbaju sekolah.
Walaupun Mm sudah banyak kali "berpindah" sekolah, tapi setiap ruang yang Mm menuntut itu mempunyai kenangan tersendiri.
Kamilah Pelajar Menengah!


p/s : pixa taken after examinated last paper SPM.

Pixas : Nilai Persahabatan dari Mm



Quote:
Persahabatan. Atas dasar ikatan inilah kita bersama menempuh arus yang menjengah.
Hilai tawa, sendu duka lengkap dalam satu kotak peristiwa yang mana tidak mungkin dapat dilupakan walaupun sejenak.
Doa kesejahteraan kepada kalian ditadah hiba, memohon kebaikan untuk sahabat Mm walaupun jarak memisahkan kita.
Bila mana tiada lagi perasaan rindu itu, mungkin bukan namanya manusia yang punya hati dan perasaan.
Kerinduan pada kalian, Mm melukut bertamu menyambut salam kejauhan.
Itulah nilai persahabatan yang berterusan buat Mm. Suatu anugerah yang amat bernilai dari Allah S.W.T.
Syukur kepada Pencipta diri ini, kerana telah memberi suatu "kelengkapan" buat diri ini dalam menyusur arus dunia.
Pemberian "sahabat" benar-benar melengkapi kehidupan ini.


p/s : pixa taken in front of Berjaya Megamall Kuantan, Pahang,
Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...