Wednesday, June 29, 2011

Titipan Pagi Buat Keluargaku..


Assalamualaikum wbt..
Dalam meniti hari-hari sebagai seorang hamba Allah di muka bumi Tuhan.. Aku mula berdepan dengan perasaan ini, perasaan yang menggambarkan aku kuat ikatan dengan mereka.. siapa?? Ayah, Ibu, Kakak, Abang, Abang Mi, Kak Ira, Adik Cuya.. kaulah cintaku sepanjang hidup, seiring waktu... aku bersyukur atas kehadiran kalian menyeri hidup ini..

Saturday, June 25, 2011

Suara Hati Lelaki..


Assalamualaikum wbt..

Wahai bakal teman hidupku...
Inginku berpesan agar kau tidak lupa dan lalai akan amalan harian mu, jangan kau seronok dengan dunia...

Aku sebagai lelaki yang punya nafsu dan akal, terdetik meluahkan apa yang terpendam..
Aku ingin meng"highlight"kan dasar-dasar pemakaian dan penampilan mu wahai hawa.. kerana apa?? kerana aku merasa kau sudah jauh meninggalkan tuntutan agama mu.. Pakaian mu bukan pakaian yang berlandaskan Islam, kau mendedahkan apa yang tidak perlu didedahkan, kau menyentengkan apa yang tak perlu kau sentengkan.. kau kecilkan baju yang tak patut kau ubahnya.. kenapa?? Dengarlah suara hatiku ini..

Wednesday, June 22, 2011

Wahai Si Celik Minda..

Assalamualaikum wbt..

Wahai si celik minda...
Wahai rakanku yang dipilih Allah swt...
..Allah memilih mu menghadap ilmu..
Bukan semua mendapat peluang..
Bukan semua mampu berjuang dalam gelora ilmu..
..mudah melempar segala ilmu..
..susah menyimpan segala khilaf..

Jangan terabai dengan ketinggian akalmu,
..sehingga kau mampu..
..meninggikan dagu mu..

Kau pandang mereka sebelah mata,
..kerana kau takjub dengan kemewahan ilmu mu..
..tak terfikirkah dikau..
..siapa yang memberi...

Rendahkan diri dengan kepelbagaian ilmu mu..
..kerana kau akan dipandang tinggi..
..tanpa kau sedar,
..ramai yang ingin menyelongkar ilmu mu..

dan..

..berterima kasih kerana ilmu itu kau jagai..
..kau bajai..
..tanpa mengeluh dan kedekut ilmu mu..

Jika kau sedar ia hanya pinjaman..
..hargailah..
..kerana kau berilmu..
..ilmu kau akan bisa mendapat nama..
..bukan mendapat tomahan..

Wahai si celik minda..

Para Lelaki Aku Sayangi....


Assalamualaikum....

Buat lelaki pendamba cinta hawa... Jangan kau iringi kaum lemah ini ke lembah hina, lembah yang tidak mampu kami harungi dan depani, justeru bimbinglah kami, bukan kau hancurkan kemanisan kami ini, jangan kau merendahkan martabat kami, jangan kau mudah menyatakan CINTA pada kami, kerana kami lemah dalam permainan perasaan.

Sunday, June 19, 2011

Aku Budak Architecture "Muda"..

Assalamualaikum..
Harini aku bangun sangatlah awal pagi!! (tangan ke dada mata ke atas)

Bermulalah pengajian "AED" aku di sini, kehadiran aku dalam kelas Graphic Communication 1 (studio 6-iklan sikit) menyerlahkan kelemahan aku.. kenapa? yela, mula2 belajar dah suruh buat garis lurus (freehand straight line).. agak2 aku boleh tak buat ni??? InsyaAllah laaaa, moga tangan aku kembali lembut (selembut softlan), apekah?!!

Saturday, June 18, 2011

Aku dan Hidup..

Assalamualaikum wbt..

Masa berlalu sungguh2 pantas.. Menjengah sudah bulan Rejab.. sekejap bukan??

saat, minit, jam...

tik tok tik tok..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...