Sunday, July 31, 2011

Hidup Ini Umpama Daun Kering..


ATAS

Dedaunan ini pernah suatu ketika berada tinggi di atas, kehijauan, tampak segar. Bergesel-gesel bersama dedaunan yang lain. Apabila angin meniup dedaunan ini riang bergelak tawa tanpa mereka (dedaunan) sangka dan mereka mula alpa! angin yang kuat akan bertandang menyerang, mereka seakan tidak menduga angin kencang itu bisa melepaskan mereka dari dakapan dan tautan dahan yang selama ini mereka merasa senang berdampingan bersama.
 ::::::::::
Dari darjat atas inilah kita perlu berfikir ;
Apakah kita merasa terlalu senang berada di puncak? Masihkah hidup ini diterangi dengan cahaya ibadat pada yang Esa? Di manakah orang bawahanmu di kala kau mendapat apa yang kau inginkan, masihkah kau ambil tahu kebajikan mereka yang juga sebagai tanggungjawab kau sebagai ummat dan saudara seIslam?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)". [Surah Ali Imran : 14]


BAWAH dan LUPUS

Dedaunan ini mula merasa sudah tidak berdaya untuk hidup, sudah tidak berdaya bersama-sama rakan sepermainan, mula melangkah ke alam tua. Tidak segagah dahulu, apabila ditiup angin kencang, dia (daun) masih gagah menahan dan mendakap pepohon itu, kini tidak kuat lagi, semuanya berlalu. Dengan hanya tiupan angin lembut sahaja, sudah mampu menggoncangkan jiwanya dan dakapan itu, lantas tidak lagi dapat bertahan di atas sana, perlahan-lahan jatuh ke tanah. Di tanah inilah hidup dedaun ini mula merasa mahu sahaja berada di atas sana kembali, tetapi semua itu tidak mungkin, tiada siapa yang mampu mengangkatnya kembali, kerana itu, dedaun ini sedar dan mula menerima keadaannya di kala itu. Mula merasa waktu itu memamah badannya (daun), mula menunduk pada Ya Rabb dan Penciptanya. Masa berlalu, dan kini daun itu mula lupus dengan tanah itu.... Tiada!
::::::::::
Allah lontarkan sedikit kemewahan, kita cepat sahaja alpa, Allah s.w.t menduga tidak mengira waktu, kadang-kadang apabila kita sudah merasa senang dan aman berada di atas, kita jatuh dek kerana kesalahan kita sendiri lalu mengeluh dengan hidup, walhal Allah s.w.t telah pun memberi kemewahan itu sebelum ini, tetapi tidak menggunakannya dengan sebenar-benar. Berada di bawah, barulah hendak melihat kekuasaanNya, biasalah...

Berbicara tentang hidup pula, hidup kita pada hari ini, umpama hidup di PENGHUJUNG USIA. Penghujung usia bukan diterjemah untuk masa tua sahaja. Kematian itu bukan diukur dan dikaitkan oleh usia semata-mata tetapi masa. Waktu yang tidak kita pernah tahu bila, bagaimana kematian kita, di mana ia akan berlaku. Tidak ada sesiapa yang mengetahunya melainkan Allah yang Maha Mengetahui dan melebih segala-galanya. Dan kematian itu bukannya pengakhir buat kehidupan namun kematian itu merupakan pintu permulaan hidup kita sebelum melangkah ke negeri yang abadi. Segala amal dan bekalan dipersembahkan di sana. 

"Belajarlah mati sebelum mati..."

Wallahu'alam..

Saturday, July 30, 2011

Nantikan Aku.. Kerana Aku Mungkin Jodoh mu..


Dahulu pernah kau ucap patah cinta rindu buat diri ini,

dan...
pada suatu hari, kau bersuara menyatakan....

"aku sayang kamu, demi Allah s.w.t! Aku mencintaimu.. tetapi.... tetapi....aku merasa tidak kuat lagi.. aku takut melalui hubungan ini, hubungan yang tidak halal bagiku dan bagimu, hubungan yang membawa kepada rendahnya imanku, rendahnya imanmu.. Kerana aku sayang kamu, aku merelakan hubungan ini dipisahkan, nantikan aku datang semula menyuntingmu di atas nama halal, dengan janji akad nikahku.. nantikan aku di batas waktu itu.. Sekiranya kau jodohku, aku terima dan aku amat bersyukur sekali, moga beban dosa kita selama menyulam perasaan ini membantu kita lebih dekat dan menyedari akan hakikat hubungan ini sebenar-benarnya.. "

Sunday, July 24, 2011

Diari- Aku merasa terbeban, tetapi itu hanya sekelumit ujian.

Ya Allah.. aku merasa hidup ini terbeban dek hanya sekelumit dugaan yang aku hadapi setakat ini, mengapa aku merasa sehingga tahap ini? , Ya Allah terlalu banyak masalah yang membebani fikiranku, membebani keringat dan kekuatanku selama ini.. Aku merasakan diri ini rebah, tak larat untuk bangkit sehingga aku terdetik rasa tidak mahu lagi belajar, kerana sekelumit ujian ini kau berikan, aku sudah mengeluh Ya Allah.. Berdosa aku padaMu.. Maafkan aku...

Kini, alhamdulillah aku merasa sedikit kekuatan setelah aku mula berfikir ke hadapan.. Pancaindera ini aku gunakan.. melihat keEsaanMu Ya Allah...KeAgunganMu Ya Allah... di luar tingkap bilik ini Ya Allah.. :'(

Maaf, selama ini aku kuat, dan insyaAllah aku akan meneruskan kekuatan ini, anugerah yang Engkau berikan.. 

Isi hatiku berbicara harini, mungkin perkongsian ini mengurangkan beban di hatiku dikala ini.. Ya Allah kuatkanlah hatiku, kuatkanlah aku.. jadikanlah aku pelajar yang baik buat pengajianku, jadikanlah aku anak yang soleh, yang boleh membanggakan ibu bapaku.. :'(

Hanya PadaMu aku berserah.. Kuatkan aku menghadapi hari-hariku yang mungkin masih panjang, mungkin sebaliknya... Amin

Friday, July 22, 2011

S.A.H.A.B.A.T (K.A.M.I)

Dulu kita selalu sama-sama, pergi ke mana pun awak ajak saya, saya happy sangat masa tu, tapi sekarang kita dah lain, hubungan kita tak serapat dulu, saya rasainya, :(

Awak dapat belajar OVERSEA saya dalam negara sahaja, sebab result SPM saya tidaklah seGEMPAK result SPM awak.. Tapi kita tetap berkawan walaupun kepintaran awak melebihi saya punyai..


Awak suka "main-main" tapi awak tetap jadi pelajar cemerlang..
"main-main" saya tidaklah membuahkan hasil macam awak, tapi alhamdulillah kita sempat menjadi antara pelajar yang cemerlang di sekolah, tapi saya masih rendah diri dengan awak, sebab awak yang TERcemerlang..
Awak selalu bagi sokongan pada saya, sampai sekarang saya ingat..
Awak jaga diri awak baik-baik kat tempat orang, kalau awak dah lupa saya, ingatlah saya tak pernah lupa awak, awak selalu dalam dakapan doa harian saya..

Mungkin awak rindui saya, tapi jarak menjadi pemisah, dah lama kita tak calling2 msg2..
Facebook awak pun tak aktif.. asyik offline saje..
saya tahu awak busy, saya faham..
tapi ingatlah, saya selalu ada di samping awak walau bukan jasad menjadi buktinya..

SAYA SAYANG AWAK tau..
kita sama-sama pimpin tangan tau.. 
kalau awak jatuh, saya bangunkan awak,
kalau saya terjelepuk awak angkatkan saya tau...


p/s : jarak bukan alasan dalam erti persahabatan.

Tuesday, July 19, 2011

Anak Kecil Menegur..

Di bawah pokok yang separuh redup disebabkan masih lagi ada sinar cahaya matahari mencampak di bawah dedaunan pohon, sepasang pasangan yang bercinta telah memulakan kisah...

"abang... kalau ditakdirkan kita tak sempat bersama, tak sempat ke jinjang pelamin, tak sempat bertunang adakah hati abang tetap pada sayang??" kata sayang sambil menyentuh lembut tangan insan tercinta, badan dirapatkan tanda ingin benar bermanja..

"sayang.... walau apa yang berlaku, nama sayang selalu terpahat di hati, jiwa raga hanya untukmu sayang, jangan pernah sayang ungkapkan kata-kata itu, abang tak mampu berpisah dengan sayang, abang milik sayang, sayang milik abang..." jawab abang lantas bertindak balas dengan sentuhan mesra sayangnya. Memandang buah hati sebenar-benar kasih sayang, lebih kasihnya dari kucing kesayangannya di rumah. 

Angin sepoi-sepoi bahasa Urdu bertiup tidaklah seberapa lembut seperti Softlan dan tidaklah seganas Singa di lautan.. Menyelinap di setiap pipi pasangan ini, seakan-akan angin yang berhembus tahu akan kesyahduan hati pasangan itu.. 

Lalu seorang anak kecil dalam lingkungan umur 3 tahun 4 bulan atau lebih 2 bulan, tidak tahu dari mana datangnya.. dipendekkan cerita, anak kecil itu mendapatkan tempat berdekatan dengan pasangan tersebut, sinar matanya tertancap melihat mereka yang sedang bercengkeram dan bertenggek seperti burung kepatahan sayap.. aduhh..

"abang, kakak! dah kawin ke?" soal si adik manis ini sambil mendekatkan dirinya ke pasangan abang sayang..



Mereka terdiam.. sambil berpaling muka ke arah masing-masing, memandang kehairanan, terus melepaskan tangan, terasa diperli..

Setelah menunggu dalam masa lebih kurang 5 minit setengah (1/2) tanpa jawapan dari pasangan itu, anak kecil ini menyuarakan suara hatinya..

"Penzina yang berani buat maksiat dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya  secara sembunyi-sembunyi abang.. kakak...abang, kakak tak takut nanti kena rotan sheratus kali.. "
katanya..

Sayang Abang.. TERUS MENUNDUK...

MELEPASKAN TAUTAN TANGAN.. 

BERLALU MENINGGALKAN ANAK KECIL ITU..

TINGGI ILMU ANAK KECIL ITU, DARI ILMU DIRI MEREKA YANG SUDAHPUN SEPATUTNYA DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA BURUK YANG MANA BAIK..

Malu bukan?

Wallahu'alam..







Saturday, July 2, 2011

Hiasan terbaik itu Wanita...

Assalamualaikum wbt...


Berjalan-jalan di muka bumi ini, tanpa henti menyusur arus-arus hidup, menghirup udara dan bekalan keperluan dariNya menjadikan diri ini sayu menunduk pada Pencipta, luas terbentang langit-langit Tuhan, lautan manusia dan makhluk tidak terkira, hebat kuasaMu ya ALLAH...


Wanita solehah itu muslimah...
Bila berfikir sejenak, kenapa wanita diciptakan Allah swt di muka bumi ini?
-sebagai peneman Adam, sebagai perhiasan yang perlu dicari gali sedalam-dalamnya kerana ia amat berharga, bukan sepenting emas, berlian, zamrud tetapi sebagai perhiasan terbaik mengalahkan yang lainnya... Anda ingin menyangkal? tidak perlu... Hargailah wanita yang diciptakan dari tulang rusuk Adam bukan menoda mereka dengan dosa dan mencipta malapetaka buat hidupnya..

Link : Free Trial/Full AntiVirus

1. Kaspersky Free Antivirus 

Top 10 Free Full version Antivirus Download





Free download – only for 30 days trial.

2. Avast Free Full Antivirus 

Top 10 Free Full version Antivirus Download



3. Norton 2011 Antivirus

Top 10 Free Full version Antivirus Download



Free download – only for 90ays trial.

p/s : tak perlu beli dan install for RM 40 above, just download, install sendiri n go on.... walaupun ada limit, duit tak terbang pun, install la balik kalau dah expired (orang bakhil bercakap) hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...