Saturday, July 30, 2011

Nantikan Aku.. Kerana Aku Mungkin Jodoh mu..


Dahulu pernah kau ucap patah cinta rindu buat diri ini,

dan...
pada suatu hari, kau bersuara menyatakan....

"aku sayang kamu, demi Allah s.w.t! Aku mencintaimu.. tetapi.... tetapi....aku merasa tidak kuat lagi.. aku takut melalui hubungan ini, hubungan yang tidak halal bagiku dan bagimu, hubungan yang membawa kepada rendahnya imanku, rendahnya imanmu.. Kerana aku sayang kamu, aku merelakan hubungan ini dipisahkan, nantikan aku datang semula menyuntingmu di atas nama halal, dengan janji akad nikahku.. nantikan aku di batas waktu itu.. Sekiranya kau jodohku, aku terima dan aku amat bersyukur sekali, moga beban dosa kita selama menyulam perasaan ini membantu kita lebih dekat dan menyedari akan hakikat hubungan ini sebenar-benarnya.. "



Alhamdulillah hati mu terbuka untuk menerima hakikat wahai bakal zauj ku... Kau sedarkan aku, kau berusaha mencari kebenaran, kau meletakkan ketakwaan dan keimananmu lebih dari noda perasaanmu yang selalu dibisikkan janji-janji dan kata manis syaithonnirrojim! Aku redha...

Aku menerima dengan kelapangan hati, kerana apa? kerana aku juga dihenyak dengan perasaan bersalah pada Pencipta, perasaan yang tidak enak aku merasa sehingga mendorong aku untuk melepaskan mu dengan hati yang berat, tetapi aku yakin, Allah s.w.t tahu akan hari depanku.. Jodohku ini ku serah pada Nya. Aku menunggu..

*PENANTIAN...

Khabar mu tiada, kau jauh meninggalkan diri ini, dalam mencari ilmu pinjaman Ilahi.. Jauh di negara seberang, seberapa lama lagi perlu aku menunggu mu..

*PENANTIAN LAGI...

Dalam penantian ini, aku mempelajari ilmu Ilahi, inginku berubah menjadi baik dari sebelumnya, inginku lengkapi diri ini seadanya, moga Allah s.w.t menerima taubatku, kerana pintu taubat itu,  aku tahu, Allah s.w.t masih memberi ruang buat hambaNya yang ingin bertaubat..

*PENANTIAN KE SEKIAN KALI...

Tipu jika aku tidak merasa rindu pada mu yang pernah tertaut di hati ini.. namun aku kuat menyatakan rindu ini hanya berhak pada Yang Maha Pencipta, Yang Maha  Penyayang. Tutuplah ruang rindu ini, seksa dalam penantian ini tidak sepatutnya diwar-warkan dengan air mata, cukuplah aku menadah tangan memohon perlindungan dan harapan....
“Jika benar dia jodohku Ya Allah, dekatkan hati kami Ya Allah.. Jadikanlah dia lelaki yang mampu menjaminku ke syurgaMu kelak Ya Allah...”


Usai solatku, terasa ada lirikan tajam yang memandang, ku toleh pandanganku ke pintu, terpacak zauj yang aku cintai, yang aku rindui..

Dulu dialah aku tunggu, dulu dialah menjadi pendamping khilafku, dulu dialah yang memanah hubungan tidak halalku..

Kini, semua “dulu” itu berlalu..


Segala doa dijawab Allah s.w.t, dimakbul Allah s.w.t.  Dia milikku atas nama kehalalan, dia zauj ku, aku zaujahnya.. Terima Kasih, aku tahu Engkau mengutuskan pengakhiran penantian terbaik buatku.. Aku bahagia dengan hubungan yang bukan lagi “terlarang”.. 

Kalau dia jodohku, maka dia tetap jodohku...






3 comments:

  1. thanks amira atiya hendap blog xseberapa ni, kata-kata ini hanya pinjaman dan moga mndapat manfaat :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...