Saturday, December 31, 2011

Nafas Ini..Oh Kasih!

Tuju lagu :: Amar-Amani ::
kau ku sanjung kerna pengorbanan..
bagai puteri di kayangan..
tika ku lesu hadapi hidup..
kau hembuskan nafas semangat,
penawar hati..

Bismillahhirrohmanirrohim,
Seteru aku melagu kesah kesah hati, moga tidak menyongsang niat dan matlamat insyaAllah, ini kerana cinta ini punyai konflik dalam setiap jiwa, ada cinta pada yang rakus mengejar cinta dunia ada yang bergerak seiiring mencinta akhirat, kelompok cinta yang berbeda :)
SubhanAllah aku jatuh cinta, SubhanaAllah aku jatuh rindu!

Setelah membelek kitab cinta Yusuf dan Zulaikha tinta penulis Taufiqurrahman al Azizy, warkah debaran rasa dan cinta buat semua dilakar indah. Berkonsepkan novel spiritual hebat cinta dan iman berlandaskan Al Quran. Best Milik! Kisah spiritual cinta dan iman berlandaskan kitabullah yang telah dieksporasi ke dalam kehidupan pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup kaum muslimin/muslimat dalam menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidup. Mahakarya novel saat ini.

Suatu kisah disebalik novel ini..

"Assalamua'alaikum, Ustaz" sapa Zulaikha lembut. Dia bimbang sedang mengganggu tidur
Ustaz itu.

"Wa'alaikum salam." Jawab Ustaz itu.

"Maaf sekiranya saya menggangu ustaz malam-malam begini"

"Tidak menjadi masalah, sudah bangun ya??"

"Saya belum boleh tidur Ustaz. Hati saya gelisah.. saya takut, saya..."
Zulaikha menangis.

"Ceritalah apa yang berlaku?, saya akan mendengarnya.."

"Saya takut, saya tidak boleh lagi membezakan yang mana Tuhan dan yang mana Yusuf. Saya takut menyekutukan cinta saya kepada Allah dengan cinta Yusuf. Saya rindu untuk dibelai dengan kasih Allah, tetapi hati saya penuh kerinduan dengan cinta Yusuf. Adakah saya sudah menjadi manusia musyrik Ustaz?"

"Tolonglah saya, Demi Allah saya tidak mampu untuk memilih satu antara cinta dan kerinduan ini. Rindu saya kepada Allah seiring rindu saya kepada Yusuf. Bagaimana ni Ustaz? Apakah saya layak disebut sebagai hambaNya? Manusia apa saya ni Ustaz??"

"Kamu harus bagaimana lagi?" Kata Ustaz Iqbal. Dia menyambung.
"Ketika Majnun mencium dinding rumah Laila, ia tidak disebut sebagai menyekutukan Allah. Dia mencium dinding itu kerana kecintaanya ada di sebalik dinding itu. Ketika seorang wanita sedang mendakap pakaian suaminya yang telah meninggalkannya dengan linangan air mata ia tidak langsung dipanggil sebagai syirik. Sedangkan ia hanya satu perlakuan ketika manusia ini merindukan seseorang. Cuma ekspresi yang ditunjukkan. Begitu juga dengan rasa cinta dan kerinduanmu kepada Yusuf. Engkau tidak menyekutukan Allah dengan cara itu. Sebaliknya melalui cinta dan rindumu pada Yusuf menjadikan kerinduanmu kepada Allah semakin bertambah, tidak berkurang sedikit pun. Itu menunjukkan bahawa kamu sudah melakukan perkara yang sebaik- baiknya dalam agama"
"Tetapi walau bagaimanapun, kamu harus waspada dan hati-hati. Walaupun ditengah- tengah kerinduan itu muncul kemuliaan kerana kamu tetap merindukan Allah, dan saya khuatir ketika kerinduan kamu makin memuncak kepada Yusuf itu, kamu mampu menutup kerinduanmu kepada Allah. Jangan sampai kamu tertelan oleh cinta dan Tuhanmu yang satu. Jangan sampai perkara itu berlaku."

*Pergilah berjumpa Yusuf dan menyatakan hasrat. :)

Tertulis denai hari pada 0518 a.m.
31 Disember 2011.

Sumber Rujuk dan Selidik :
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha
oleh Taufiqurrahman al-Azizy








Friday, December 30, 2011

Cinta Yang Tak Pernah Padam

Tuju lagu :: Aiman-Cinta Terakhir ::
mungkinkan terputus di tengah jalan,
mungkinkan terlerai tanpa ikatan,
usah ragu dengan takdir..
mungkin kita kan berbeza haluan..

Bismillahhirrohmanirrohim,
Seteru aku melagu kesah kesah hati, moga tidak menyongsang niat dan matlamat insyaAllah, ini kerana cinta ini punyai konflik dalam setiap jiwa, ada cinta pada yang rakus mengejar cinta dunia ada yang bergerak seiiring mencinta akhirat, kelompok cinta yang berbeda :)
SubhanAllah aku jatuh cinta, SubhanaAllah aku jatuh rindu!

Allah swt berfirman "Hai manusia, kamulah yang perlu kepada Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji"
(QS. Faathir : 15)

Kita perlukan Cinta Allah melebihi cinta segala-galanya. Dia pemilik cinta, Dia pemilik hati yang merasa cinta, Dia pencetus rasa rindu dan suka, Dia memberi segalanya!

Redhakanlah dengan semua undang-undang dan keputusanNya, dan janganlah bersedih atas ujian yang mematangkan hidup sebenarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kita semua menjadi hambaNya, patuh dan tiada tara selain CintaNya.

Terlerai dalam ikatan cinta HARAM dariNya, patutlah kita bersyukur kerana Allah mengambil kita semula untuk bersujud dan mengagungkan CintaNya pula. Segalanya ketentuan Tuhan bukan? Pernahkah air mata kita berjujuran untukNya? Berapa banyak kali kah kita menangis rindu dan kecewa akan cinta manusia? Sangat lesu akan cinta ini, kerana tiada redha dan Allah tidak memandang tinggi wahai manusia!

Ragu dengan takdir Tuhan? Jangan! Ragulah dengan cinta yang kau damba dahulu, adakah cinta itu bersih suci dari sebarang noda? Melainkan kau bersama dia yang sudahpun memiliki dirimu secara sah dengan lafaz-lafaz terindah, itu sebenar-benar mendapat redhaNya. Kamu ragu Allah tidak dapat berikan pasangan yang didamba? Lihatlah, Allah Maha Baik, Maha Mengetahui, Allah tahu apa yang tersulit, Allah akan melengkapkan jua hidupmu, usah ragu!

Doa untuk sesuatu yang terbaik buat diri. Ya!! Doa senjata mukmin.

Allah swt berfirman "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik"
(Al-A'raaf : 55-56)

Bila mana kau menyesali dengan kehidupanmu, Allah ada mengajakmu bersama semula, itu kerana pintu-pintu taubat masih terbuka, penyayang kan Allah? :') Bangkitlah sahabat! Jauhi noda dan palit luka cinta yang terpesong, hadaplah diri pada Pencinta kita sebenar-benarnya. InsyaAllah!

Cinta tak pernah padam, cinta akan terus bernyala sampai bila-bila, berpadalah dan saringlah cinta itu, kerana cinta itu indah! :')

Sumber Rujuk dan Selidik :
1. Kitabullah.
2. Kitab Ingat Allah Hati Tenang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...