Monday, October 22, 2012

Cara Mudah "Fix Blackberry Problems".

Assalamualaikum. 

Sedikit perkongsian ilmu blackberry untuk dikongsikan bersama. 
Kalau blackberry anda terjadi penyakit-penyakit di bawah, nanti dulu! 
jangan pergi hantar repair, repair sendiri pun boleh!

penyakit #1
penyakit #2

penyakit #3

DAN LAIN-LAIN PENYAKIT 
ATAU 
NAK UPGRADE OS PUN BOLEH GUNA

semua gejala penyakit di atas boleh diubati dengan langkah di bawah


Link Download #3 blackberry operating system 
( penulis guna Curve 8520) 

Install semua link #2 dan #3 pada computer.
Ikut steps dalam video di bawah. 


DONE! 
Selepas siap, semua applications yang pernah didownload akan hilang. 
Jadilah macam mula-mula kita beli dulu. kosong, kosong, kosong~

InsyaAllah anda mampu buat sendiri, jimat duit. 
Cuma perlukan sedikit keberanian atas risiko yang bakal anda berhadapan hahaha..
 InsyaAllah menjadi, saya dah buat dan yeayy!! alhamdulillah!

SYUKRON! 

p/s : selamat hari jadi untuk diri sendiri, hadiah hari jadi yang tak terduga bila BB dah boleh "jalan" balik!



Sunday, August 26, 2012

Cara Aktifkan NIKON SB-700's Remote Flash.

SB700- Complete Set-
Tarikh dan Masa menjadi HakMilik : 
25 April 2012 | 5.22 PM.
DRSL PRO SHOP, Digital Mall.
RM 990 + 1 year warranty. 
Original. Genuine. 

Assalamualaikum, 
Entry kali ni nak kongsi cara aktifkan Remote Flash pada External Flash SB700.

Caranya.

1. SB-700's switch ke REMOTE.
2. Skrin seperti di bawah:

---
REMOTE
GR A B C
CH 1 2 3 4
---

3. Tekan MENU dan pilih REMOTE, lepastu tekan OK.
4. Akan keluar Advanced dan SU-4. Pilih SU-4 dan tekan OK.
5. Tekan MENU sekali lagi dan akan terlihat di skrin seperti ini :

---
REMOTE SU-4
AUTO
M
OFF
---

Alhamdulillah, anda siap aktifkan SB-700 sebagai remote flash. Tapi lebih berkesan jika anda pilih Manual Mode sebab ia boleh mengawal kekuatan dan keupayaan flash. Jika anda menggunakan Auto-Mode, jarak maksimum SB-700's light sensor hanya boleh detect 7m (23 ft.) berhampiran built-in flash unit yang tersedia pada DSLR anda! 

6. Ubah ke Manual Mode, dengan gerakkan ke bawah pada slider control ke huruf "M" (Manual Mode). 
7. Anda akan dapat perhatikan M 1/1 yang tertera, ubah ke M 1/128 (which is strong enough) untuk meningkatkan kekuatan flash. Untuk ubah level, tekan "SEL" dan pusingkan sehingga mencapai level M 1/128.

Alhamdulillah, anda boleh menggunakan flash dan letakkan external flash di mana-mana spot yang menarik untuk mendapatkan kesan gambar yang bagus!! 

p/s :  Untuk offkan REMOTE, hanya switch balik ke ON. Kalau tak jadi inform saya!

Wallahualam.




Monday, July 16, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Budget DSLR Shoulder Rig


Light, versatile, and ease of use may well be your own tag line for this DSLR Rig. Set up in seconds, this Shoulder Mount Rig is extremely easy to adjust to four different carrying styles. It can also folds into an ultra compact shape that fits easily into your equipment bag. 

Oh ya!! For all those with an interest in Film/Video making, i think you need this equipment [starter and beginner]. Its a budget DSLR shoulder rig, affordable!! 
The price just around RM150-RM230 [malaysia price]


Specifications:
  • Shoulder Mount DSLR Rig Movie Kit;
  • Brand: F&V;
  • Model: Spider Steady;
  • Package includes:
    • Shoulder Mount Rig;
    • Hex key;
    • User manual;
  • Compatible with all cameras and video camcorder with;
  • Rotating joints;
  • Padded foam grips;
  • Standard 1/4” screw mount at end of each foam grip;
  • Extendable draw tube on central column for shoulder mount;
  • Colour: black (with blue inlays on foam grips);
  • Dimensions: 168mm x 305mm x 88mm (folded);
  • Weight: 1.11kg;

If interested, click the link above to grab it one!! 

MORE REVIEW.. [video] (click this)

thanks! 
p/s : i wanna get one!

Thursday, July 5, 2012

Cetusan..

Maher Zain - For the Rest of My Life


I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along..

SubhanAllah!! Ya Allah, sungguh aku tak pernah mengharapkan perasaan ini datang bertubi-tubi. Setiap masa dan ketika, tidak pernah, takutnya aku lalai akan kasih sayang yang kau cipta buat aku dan Allah yang satu. Ya Allah bukan aku mengharapkan undangan kasih mesra ini datang secepat yang mungkin tetapi tetap aku berharap ia datang bila sampai masanya, aku bersedia dengan kehendak hati dan iman yang bisa diurus selia sebaiknya. Ya Allah jika benar, orang yang kau takdirkan untuk hidup bersamaku hingga akhir hayat ini, berada betul-betul di depan mataku ini, jernihkan dan pancarkan cahaya yang dialah sebenar-benar orang yang Kau anugerahkan untuk hidup bersama. 

Ya Allah, pernah juga hati ini termimpi, mencari seorang imam yang hari ini dia menjaga dirinya seakan aku menjaga diri aku. Ya Allah banyak ragam manusia dan sebaik-baik dan sejahil-jahil telah bertandang di depan mata, moga bukan aku menjadi sang perela melakukan dosa, moga keaiban diri terjaga, bukan di bawa mulut ke sarata dunia. Ya Allah jika aku lalai dalam membawa hati, sehingga aku terlalu berharap setinggi gunung, dan sekencang angin, Ya Allah redakan perasaan ini, moga sentiasa mengingatkan aku pada Pencipta rasa rindu dan sayang ini, Dia yang patut didahulukan, dan Dia telah merancang tepat dan hebat untuk hambaNya. Ya, seringkali lemas dan tertewas dalam medan pertempuran perasaan hati, sungguh aku tak sanggup melalui hari-hari dengan bercengkerama di bawah dosa hati. Moga kuat dalam menongkah garis-garis hidup yang terbentang di depan mata. 

Ya Allah bukan aku sengaja membiarkan hati untuk menyatu dengan rindu dan sayang, cuma ya itu fitrah yang Kau abadikan, cuma tinggal aku untuk berdepan dengan dugaan perasaan. Ya Allah aku pernah menyintai dia, sehingga aku tergagap dalam berbicara, sehingga aku termimpi dalam lena.. Bukankah ini mainan syaitan yang tak diundang... SubhaAllah, Maha Suci Pemberi Cinta... Kuatkanlah aku, juga muslimah-muslimah sepertiku, juga gadis-gadis yang bakal menawan hati manusia lelaki, juga adik-adik dan kakak-kakak ku.. moga mereka kuat dengan ujian dan dugaan ini. Berlari mencari cinta manusia dengan iringan redha Allah itu lebih baik, dari kita sama-sama berkejaran meraih kasih sayang syaitan yang hanya palsu belaka.

Dunia kini penuh dengan rona cinta sehingga kita mabuk dalam mencari cinta sejati, kita dahulukan perasaan yang membuak dari kita dahulukan iman kita.. Kita tak pandang hemat dalam syariat Islam, tapi kita pandang kasih sayang yang katanya tulus dan menyenangkan hati.  Setibanya masa itu menyingsing, insyaAllah dengan peneman yang baik, ibu bapa, nenek atuk dan saudara mengaminkan kebahagiaan kalian. Sehingga suatu masa "ku serahkan tangisnya di bahu mu" menjadi ucapan yang melerehkan air mata. 

salam doa untuk rakan taulan. Redha Allah mari mencari.

Wednesday, June 27, 2012

Zalimkah Dia?



Saiyidina Ali Abu Talib  pernah bermadah, maksudnya: 
Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. 

Teringat pula syair Arab yang menyampaikan bibit kata,
Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.

Friday, June 22, 2012

Permasalahan Besar



"Don't be a prisoner of false ideas.. The Quran and Sunnah will set you free!"

Dunia kini,

Sebahagia besar umat Islam kini sedang asyik dan dipesongkan dengan identiti mereka sendiri, sehingga lupa tentang hakikat dan risalah Islam, sedangkan mereka kini masih lagi tercari-cari apakah sebab kewujudan mereka, apakah tujuan keberadaan di dunia fana ini. Sehingga sampai masa, mereka tidak mampu melihat jerat-jerat yang dipasang menuju kegelapan, dan tidak kurang mereka tidak sekali pun mengetahui perbezaan siapa musuh siapa teman. Kita pula tidak sedar racun-racun yang giat dibancuh disebalik manisan yang zahir. 

Nah! takut bukan? masalah-masalah ini besar sebenarnya, hanya diri yang sedar sahaja dapat merasakannya.
Sehingga kita kembali kepada kebenaran yang sebenar bahawasanya Allah melihat apa giat laku kita, Tuhan pula tidak perah hendak menyeksa kita malah memberi ujian setimpal dengan kesedaran. Tuhan Maha Baik, itu Allah...


Wallahualam..

Thursday, June 21, 2012

Bertuhan.


"Jiwaku bergoncang bila kusebut namaMu, mengapa Tuhan, Engkau masih selamatkanku,  
memberi rasa syurga, sedang jiwa terbakar habis oleh dosa yang tak pernah berhenti, 
 tidak terhitung oleh ku banyak dan besarnya derhaka, 
terima kasih Tuhan masih sempat sujud buatMu.."
-kitab cipta syurga hati-


Wednesday, June 20, 2012

Depan dan Belakang


Opick-Cahaya Hati.
Allah engkau dekat, penuh kasih sayang..
takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis..

Untuk ke hari depan, dan nota ke hari belakang.

Assalamualaikum, tersangat jauh rasanya jarak waktu pengeposan yang lepas sehingga hari ini, sukar ingin aku nyatakan sepanjang hematnya aku hidup selama ini, tiada pernah pun ada saat bahagia. ya, kerana banyak bahagia dari kesakitan. Cuma kadang kadang itulah, sakit itu mengundang, kenapa? sebab tak jaga hati? kenapa hati? fikirkanlah...

Untuk Seorang Mujahidah

Kasih sayang dibelai kesetiaan..
pertautan hati dicapai dengan sama-sama berjuang..
hatiku dan hatimu..
Islamlah yang mengingatnya..
jiwaku dan jiwamu..
ALLAHlah yang mempertautkannya.

Dan ketika itu tiada lagi yang terbuku
segala terlerai tulus di kalbu..
segalanya terlerai demi ukhwah..
segala-galanya terungkai kerana mujahadah..
lalu di antara kita tidak ada antaranya lagi!
-di mana dia di hatiku, halaman 253-

untuk kamu di hari depan, moga kita bersama dengan takdir dan menyingkap takdir itu punyai mehnah yang tersembunyi dari penggamatan manusia, mungkin itu boleh meredhakan hati..

untuk kamu di hari lepas, moga kita bersama dengan kenangan yang bahawasanya, sesuatu yang terjadi itu bukan dirancang manusia juga, Allah, Tuhan pencipta jiwa dan hati ini juga yang menetapkan ia. 

untuk kamu yang membaca, bukan jalan itu berhenti di sini, tetapi mari teruskan mengggamati jiwa-jiwa lain yang juga memerlukan belaian mesra, jangan hilang sabar, jangan hilangkan kasih sayang walau dibenci orang, walau tidak tertaut lagi, ingatlah Allah yang merancang dan sendu kita ini Allah yang mendengar. Tidak lupa, hasrat itu fitrah.

Wassalam.

Friday, May 11, 2012

Tuhan, Jagakan Dia.


Ya Tuhan, ampunkan dosa diri dan hati ini, lantaran kerana kekadang dibuai perasaan rindu yang taksub dengannya, kekadang rasa ingin disayangi secepatnya sehingga aku terlupa batas syarak yang kukuh tegak dalam ad-dinMu. Jangan pernah hilangkan rasa suka pada manusia, jangan pula hilangkan rasa cinta yang tak terhingga pada sesuatu sehingga diri ini merasa terbeban atas heretan jauh fitrah yang ingin dicintai.

Ya Tuhan, jika benar mahligai indah, bahtera tersergam indah akan jadi milik kami bersama, utuhkan rasa bertaut dalam diri, utuhkan rasa kesetiaan sehingga langkah halal yang akan dibawa kelak. Ya Allah hanya berjauhan cinta tetap berputik, alangkah kejam jika aku hanya merasa tertunggu dan menunggu, biarkan dua jasad ini memperoleh barakah dalam perkahwinan kelak.

Biarlah tanpa bicara, biarlah tanpa pertemuan. Pasti dengan perancangMu Tuhan, Kau utuskan dia yang terbaik. Biarlah titik-titik hitam tidak mencalarkan rentangan putih yang tersedia bukan dicoret rakus dengan dosa kemaksiatan.

Suatu hari, ia pasti akan tiba. Allah memberikan ruang untuk bermuhasabah. Mencari dia tidak mudah dan tidaklah payah. Berkat iringan doa. Ada tetap ada. Sabar wahai hati, kejarlah apa yang terpenting di depan mata dahulu. Allah punya kuasa. Bidadari syurga bukan sembarangan, ada sabar dalam ujian. Doa. Tolong jagakan dia untuk aku Ya Allah.

Wednesday, April 25, 2012

Terbang.

Dua hati menyulam cinta,

Janji berpadu kata dikota,

Seiring Doa yang didamba,

Menjadi kekuatan Hati dan Jiwa…

Friday, April 13, 2012

POST A COMMENT


Assalamualaikum adindaku sayang...

Astarghfirullah hal azim... Ku mulakan kalam dengan lafaz istighfar kerana mungkin apa yang bakal diperkatakan banyak khilafnya...

Sebentar, mari sama-sama kita muhasabah pada satu pujukan dalam surat cinta daripadaNya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan shj mengatakan aku telah beriman, sedang mereka belum diuji (Al-ankabut :2)

Benar, terluka itu sakit.
Benar, dilukakan itu pedih.

Benar.. kerana dulu, ketika kecil, saat kita mula bertatih, melangkah setapak dua ke hadapan... kita jatuh dan menangis... Kalaulah.. kalaulah pada saat itu kita berputus asa. Biarkan diri terus duduk, tidak mahu berdiri lagi kerana takut akan terjatuh dan terluka. pastinya kita tidak mampu berjalan saat ini.

Ketika kita jatuh... mungkin sahaja kita tidak pernah terfikir yang sekarang kita mampu berlari jauh...

Adindaku sayang,

Dunia ini terlalu sebentar untuk kita merasa terluka. Benar sayang, mungkin sahaja diri ini tidak berada di tempat kamu. Maka senanglah mengatakan sabar, bertenang, ini semua dugaan dariNya. Benar sayang, tidak pernah kunafikan semua itu, malah tidak pernah pula diri ini hendak merasa terluka andai jauh di sudut hatimu membentak keras. Kerana... Hanya Allah yang Maha Mengetahui duduk letak hatimu saat ini...

Adindaku sayang,

Bila kita lihat langit itu berdiri teguh tanpa tiangnya. Bila kita lihat matahari bersinar, datang pula hujan menyapa..

Bila kita sendiri makan, mandi, ke kelas..

Tidakkah semua itu punya sebabnya?

Apabila kita lihat seorang kanak-kanak menangis, seorang pencuri mencuri, seorang yang dhoif meminta sedekah..

Tidakkah semua itu punya sebabnya?

Maka, apa yang berlaku pasti punya sebabnya. Pasti adikku, hanya kita perlu berlapang dada mendengar, menilai dan menerima seadanya... org terdekat dengan kita pastinya terlalu istimewa...

Kerana waktu dahulu... ketika kita kecil, saat kita jatuh dan berdiri, suka duka semua dilalui bersama...

Lumrahnya manusia dik, apabila terdapat satu titik hitam pada kertas yg putih, titik hitam itu jelas kelihatan, meski yang putih lebih banyak dari segalanya.... moga adinda tersayang menjadi insan yang luar biasa. tutup titik hitam,lihatlah kawasan putih yang meluas....

Benar terluka itu pedih... ubatilah dengan mengingati kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang yang melukakan.
Benar dilukakan itu sakit... ubatilah dengan mengingat kesilapan2 kita terhadap manusia lain.

Pasti...kita juga pernah berbuat silap.

Dan yang terlalu pasti, Allah itu sentiasa menerima kita, walau kita selalu menyisihkanNya.... Malu sangat pada Allah kan... :')

Untuk akhirnya sayang, mari sama-sama kita hayati pesanan baginda Rasul yang amat amat amat kita rindui dan cintai..

“Bukanlah orang yang kuat itu seorang yang pandai bergusti, akan tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya daripada marah.”

Moga Allah meredhai,mengasihi,mencintaimu sayang... teruskan kuat untuk Islam.

Seorang mujahidah dan mukminah...jalannya sentiasa dipenuhi onak dan duri, tapi kecekalan hatinya mampu mengatasi segala. Moga kita tergolong dalam golongan itu.

Hargailah, selagi kita punya waktu untuk menghargai....

Salam kasih kerana Allah.

Wallahu'alam

***** 
terima kasih untuk semua akak. muhasabah.

Listen to her..

Epa Jilani > me!

dear fren..
listen ...
life will not go ssmoothly,,
everytime b4 u happy..
Allah will give u a test.. or maybe many test...

to train u,,
so that u can face these kind of problem in the future..

so stand up frenz..
do not lose ur spirit..ur hope...!!

these nothing i can do 4 u coz the heart was broken ..
but clear ur mind,,,
there are still a part left dat completely still fine,,,
and the part is the white area
dat still not be replace by the black dot

do not only concentrate to the black dot,, but wider ur eyes ,mind and heart,,,there are still alot of white area around the dot,,

come ,,,
be strong,,
be strong,,
take ur time,,
the wound will removes by time..
masyi!!

take a rest frenz

Thursday, April 12, 2012

Global Sadisah.

"I was lonely driving here tonight so I hugged the road."

Assalamualaikum, selamat hari khamis buat medan rakyat sedunia yang aku sayang. Macapada kebulanan april, detik hati merintih sendiri melihat orang terdekat menyelak luka, dirundum kesakitan hati yang teramat. mungkin mereka bahagia memperlakukan sebegini rupa, ya mungkin! ada berkata, kita sedih masih ramai yang gembira, dan orang yang gembira, masih ramai yang sedih. itu putaran hidup dan istiadat dunia yang penuh rona liku hitam! ahh!!

biar aku menyepi, kerna aku bukan siapa-siapa pada sesiapa. aku bukan orang yang perlu dihebahkan berita, dan aku naiki takhta, aku orang yang menjadi sasaran prasarana detik gembira, dan aku tak diperlukan. itu laval yang aku patut berdiri. 

apa kau rasa bila diri dinyah orang tersayang? dibalun hingga dilayan sejauh jalan yang tak berturap dengan hilangnya jiwa kasih sayang dan keprihatinan. mungkin hati ini memerlukan beribu saat, cukup! saat ini aku tak ingin ada khabar dari sesiapa. cukup semua gembira. yes!

yah, pada lanjutan semester akhir, semua dugaan datang, yang tak pernah aku undang, hoi kenapa saat ini!!!? aku tak submit projek, sebab sucked!! faham? jangan sampai aku mula give up! ahhh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

doakan semua bahagia.

terima kasih untuk kenangan TERINDAH yang takkan aku lupa selagi amnesia, alzheimer tak menjemput.

Wednesday, March 28, 2012

KATA.

Seusai solat maghrib, satu sms menjengah INBOX handphoneku. Tertera nama BONDA yang dirindui.


Itulah makin jauh jasad, makin dekat rasa sayang dan rindu. :)
Berlinang air mata membaca patah ayat yang diberi nafas kasih sayang yang aku sedar ia lahir dari nurani seorang ibu yang betul-betul sedang ditakuk kerinduan. 
Dua minggu badan pun tidaklah kuat mana, menyiapkan kerja-kerja sebagai suatu beban pada badan yang kononya kuat, tetapi yang merasa sahaja tahu peritnya. 
Kalau kat rumah, mak ayah akulah yang jaga, membebel sebab diorang tahu aku akan sakit kalau sedang stress, kalau banyak fikir, dan benda tu dah biasa terjadi, cuma aku tak tunjuk. 

Tugas-tugas kebajikan dalam jemaah aku galas sekarang. Kadang-kadang aku dapat rasakan suatu tanggungjawab yang berat tapi aku akur, aku perlu usaha. 

dan.. 
aku rindu keluarga sekarang ni. 
ingin sahaja aku balik. sebab aku tahu, kiasan seorang ibu pada setiap kata yang ditutur :'( tapi aku punya tanggungjawab pada masyarakat. yang mana baiah setia dan kekuatan berkumpulan aku lontarkan. 

Sempat menerjah medan facebook. status ibu buat aku makin sebak.
[semua post dalam satu hari]

kasih sayang selalu mengasyikkan, terutama hamba yang sedang berkasih dgn penciptanya

Sunyi je ari ni, tak pelah anak2 tengah mengulangkaji

Berkawan mengenal hati, iman dan agamanya. kalau hanya menyerabutkan kepala tinggalkan cara baik dan maafkan dia, usaha dan persiapkan diri kita untuk menerima persahabatan yg lebih diredho Allah , keluarga dan diri sendiri. Fikirkan adakah sanggup kita mengorbankan kebahagiaan diakhirat yg kekal dengan mentaksubkan diri dengan dunia yang penuh tipu daya. Allahlah tempat kita bergantung bukan makhluk . Lailahaillaullah.

wahai anakku, sesungguhnya kalian sedang belayar d lautan dalam, telah ramai manusia karam d dlmnya . andai kau ingin selamat belayarlah dgn kapal yang bernama takwa, isi kandungannya adalah iman sedang layarnya adalah tawakal kpd Allah

‎1. tanyakan diri kita apa tgjwb ku kpd Allah
2. tanyakan diri apa tgjwb ku kpd Ibu n ayah
3. tanyakan diri tgwb besar terhadap diri sendiri
anak 2 renungkan berulangkali agar kita dilandasan yg benar

Siti Solehah Nordin
Kalian makin dewasa , berfikir dan bertindak, hati mereka yang mengasihi jangan dilukai, kerana mereka mendoakan siang dan malam .Andai remuk hati mereka,siapalah kita yang bisa membalut luka hatinya. bagi kami , doakan kami yang hanya mengira hari menuju illahi. YaAllah kuatkan iman kami dan berkatilah usia kami.


MOGA SEMUA SIHAT DI SANA. IBU AYAH KAKAK ABANG ABANGMI KAKIRA ADIKCUYA. SAYANG DUNIA AKHIRAT. JOM MENUJU KELUARGA SAKINAH!
 

mohon kekuatan.

Friday, March 23, 2012

Sayap


Pernah sayap itu melebar,
menghayun tebaran tinggi ke angkasa, 
namanya harapan tinggi,
yang pernah datang, 
tapi kini seolah-olah hilang dan berhenti.
di situ.
titik merah yanng terakhir. 
penat untuk mengurus dan menghembur pemanis,
penat untuk semua.
mungkin dugaan itu datang, 
sebab lupa untuk mengundang ia.

Malu juga melihat diri, 
kerdil tanpa sisa yang baik, 
mungkin sekelumit 
..dan mungkin sudah menghilang akan dosa kecil,
sudah lama menampung dan akhirnya dikebas.
seakan bintang yang tadinya muncul berkelip,
tertutup dek bayangan awan di langit.

Aku malu. 
sayap aku masih di situ dan kaku
selepas semua ceritera berlangsung.
itu namanya sayap yang bukan patah.
tetapi pasrah. 
lebih baik untuk redha.
itu sahaja. 
terimakasih.

Thursday, March 8, 2012

Dia Bukan Pencaplok Rona.


Bismillahhirrohmanirrohim.

Pentas dunia ini, kadang-kadang hati tertewas, lagu-lagu alunan dondang sayang yang diputar menjadi permainan getaran bunyi pada telinga. sungguh dunia ini punya kebahagiaan dan sangat mempersona bagi siapa yang bertandang. Allah Maha Memberi Nikmat :)

Tetapi, kebahagiaan ini suatu yang bukan dinilai dari hati, hanya kesuksesan untuk berhibur ria, hingga lupa apa nilai sebenar aku pada dunia dan semua. Ya, ada pencaplok dalam rona jiwa, ada pencaplok. Mereka semua pencaplok. Dan arti pengambilan hak orang lain ini, aku rungkai, aku juga mengambil hak mereka, hak menyedut n menghela nafas. hak berjemaah. jadi pencaplok yang baik. bukan sebaliknya. Cuma pencaplokan itu ada rasa ikhlas dan dibenarkan :) sudah cukup.

Itu kita, mana letak sisa hidup kalau bukan pada Dia, juga kita menjengah kemudiannya.

Orang akan berkata keji bila berbuat keji.
Orang akan kata kejam bila berbuat kejam.
Orang memberi panahan kata yang menyentap, bila menegur sesuatu yang sentap.
Tidak adil dan bukan solusi, 
Sedang semua permasalahan Islam sediakan jalan. 
Hemah dan matang fikiran. 
Bukan caci maki cela kau hampar,
mana menang hati pengganas, 
cuba senyum tutur lembut baik,
insyaAllah trofi genit di sisi kita. 
Senang dan mudah jangan payahkan.

Itulah dunia, penuh rona. warna, dan kaler..



mahfuzahmardy
9duapuluhdua pagi. 
Lapan march 2012

Friday, February 24, 2012

Aku Nak Kawin!

HEH???
"Kahwin ni bukan sehari dua je, tapi buat selama-lamanya. InsyaAllah.. "




Wednesday, February 22, 2012

K A M I

Assalamualaikum! 

ni momentosa memorisas yang sempat disnap! 
*terimakasih studiomate


Thursday, February 16, 2012

Now start L O V I N G yourself ♥

Matta

Matta, qalqalah pada aksara mat bertemu ta. 

Matta ini cantik anugerah Allah. Matta itu panca indah pada mereka yang mampu melihat alam dunia nyata, tapi jauh berbeza pada insan punyai mata tapi fungsinya tidak mampu selari dengan mereka yang normal. Kekadang mereka yang bermata fungsi tak mampu aplikasikan sesuatu dengan mata hati. Hebat lagi mereka yang tak punyai fungsi mata indera, kerna mereka hebat menggunakan mata hati untuk seluruhnya.



Tuesday, February 7, 2012

Kelas Dansing

To the beat
Of my heart
The hands of fate
 Playing the strings 
Of my life
.........
I dance alone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...