Friday, January 27, 2012

Baru Aku Kenal Siapa ED!



ED -Edward Dril?
ED - Engku Danial?
ED - Esmek Dokey?

Makhluk Perosak?
Makhluk Halus?


***B-U-K-A-N***

-> Environmental Design! 

Kerjanya :

*merompak waktu tidur hamba.
*mencuri fulus dengan sedar
*melesapkan jumlah mata wang akaun individu (Sepupu GC)
*menyita setiap projek yang tak lepas (Redo)
*menggertak jiwa manusia muda (Malas jadi Rajin)

Kesah sebalik tabir besi :

Dalam sejarah, sepanjang hidup hamba, 
kali ini hamba bersengkang mata hingga ke pagi yang bukan lagi buta, 
tetapi pagi yang bersinar-sinar dengan sinar mentari -..-

dahulunya, bolehlah setakat subuh then hamba tidur balik, tapi kali ini tidak, ya tidak langsung.

Ini natijah kerana pihak hamba sendiri,

1. satu hari sebelum submit baru nak design 
(design balik sebab madam tak berapa nak setuju)

2. malam 26 Januari, bermula mewarna dan mewarna 

3. submit 
***
bai.


*kes ditutup*

hanya gurauan semata :) untuk hilangkan stress hamba. 
Apa yang kita usaha akan dapat hasil dari apa yang kita usahakan itu. 
Good Luck kawan-kawan AEDer last sem :)

p/s : serupa panda








Monday, January 23, 2012

Kerana Rasa Ini..

Tuju lagu :: Amar-Amani ::

Tangisan sanubari telah terhenti, Kala suram suria memancar sinarnya, Pertemuan seindah bayangan firdausi, Menjadi zikir kasih yang suci..
~
Lukisan dua jiwa menjadi satu, Terkenang detik bertemunya kau dan aku, Santun berhikmah mengingatkan diri, Hidup dan mati hanya untuk Ilahi..
 ~
 Mengenggam janji cinta ini, Bertemu kasih tanpa jasad, Bicara tanpa suara, Hanya tulisan bahasa indah, Mengeratkan antara kita, Hinggalah ke akhirnya..
 ~
Kau ku sanjung kerna pengorbanan, Bagai puteri di kayangan, Tika ku lesu hadapi hidup, Kau hembuskan nafas semangat...Penawar hati...

"Jangan sedih jika Allah memisahkan kamu dari sesuatu atau seseorang yang kamu cintai.. jika kita faham apa disebalik rancangan-Nya untuk kita, hati kita akan terus mencair dengan kehangatan Cinta-Nya."

My life may not be going the way I planned it, but it is going exactly the way Allah planned it..


Ini adalah kisah Hawa dan Adam..
Moga jodohmu itu, dia...ya! Adam itu wahai Hawa..

Hawa, makhluk yang masih lagi berdiri sebagai seorang khalifah, masih lagi menuntut ilmu yang takkan habis, takkan tamat. Beruntunglah si Hawa, bila seorang Adam, cuba 'merapati'nya.
Baik benar Adam itu, sungguh!

Jauh langkahnya, jauh pula jarak yang memisah akan dua hati ini, mereka bukan seakan pasangan lain, dengan berbalas ilmu dahulunya, tiba-tiba Adam menyuarakan kehendak hatinya, meminta izin untuk berdepan dengan keluarga Hawa, *eh sangat tiba-tiba.

Pada mulanya Hawa juga tersentak akan keberanian Adam menyuarakan rasa hati :') Mereka bukan pasangan bercinta, jauh sekali berhubungan mesra, berdepan tanpa tujuan pun tak pernah, inikan pula bercakap hal entah apa. Memang tidak!

Alam kehidupan seorang pelajar, juga mahasiswi/wa, syabab muda, ukhti muda.. merancang sesuatu itu tidaklah senang dan mudah, perlu berfikir beribu kali, istikharah lagi, YA! sukar!

Ini kata Adam ;
"Allah datangkan kamu untuk aku, InsyaAllah... "

Ini kata Hawa ;
"now.. know your priorities syabab! love and trust is with ALLAH first..ana tak tolak jika kita berjodoh tapi kita sama-sama lengkapkan dahulu apa yang kurang, bukan senang nak melangkah ke alam rumah tangga.."

 Sehingga ke hari ini, Adam berdiam diri, ya! mungkin sedang mencari cahaya-cahaya untuk lebih berfikir..

insyaAllah syabab!!

****silent mode****

Apa yang cik pujah ingin nyatakan di sini, usahlah berurusan tanpa berfikir, penyatuan dua jiwa memerlukan sedikit pengorbanan, santapan iman, ilmu dan tanggungjawab yang banyak. 

Redhakanlah hati jika hati yang ingin dimiliki tidak termiliki, kerana perancangan Allah itu sangat hebat :)

Beautiful appearance captures the attention of people, but beautiful character captures the HEART.

Saturday, January 21, 2012

Keluhan Terdalam Wahai Sahabat..

Seorang sahabat lama, mengundang gundah gulana jiwanya kepada setiap sahabat, tersentak membaca, lalu menahan rasa sebak, bila mana seorang sahabat berdukacitarasa :'(

****
kenapa semua kawan-kawan ana dah berubah...
mane watak antum semua yang ana kenal dulu??...
kenapa cepat sangat antum sume berubah??........
T_T…
****


Jawabku ;
Anti... Anti tarik mereka balik. Sejenak berfikir, knp mereka brubah, silap kitakah!? Tgglkan mereka? Itu ntah kita try jwb sndiri, antum2 mari bagunkan bulatan gmbira smula bersama :) waspadalah dunia kampus yg memberi impak berbeda pada smua.

‎~Cik Mahfuzah Mardy ana ingat emang nk tarik mrk blik...tapi bt mse skrg ana x de kkuatan...smoga Allah sntiasa mmbntu ana.....ana jugak harap....skrg sume da terpisah jauh..tahu lagi nk jage maruah diri...dulu bleh lagi kwn2 tegur ape yg x kena...skrg??..sndiri pnya hal....ana x nk kwn2 hnyut cam tu je

Jawabku ;
 ****, bukan **** sorg rse cmtu, ana sndiri pun rse, kdg2 eh aku ni knp, aku bia je, dulu kta berjemaah dlm kelompok skolah :) pendidikn drjat rendah, skrg bjaya mna smua pegi? Kta xslhkan mreka spnuhnya dan xslahkan diri kita jgk sbb msing2 ad cara sndiri yg sptutnya mereka sdr, tarbiah yg gelap sbb kalau kat dunia lua (kampus ke ap) mereka xcari, mereka xdktkan diri dgn ilmu usrah.. AllahhuAkhbar, dulu ok la sbb blaja pun aliran agma, scra trus dpt la ilmu.. Skrg kalau dh course cth science, diorg fokus lbih bnda tu dr ilmu.. Kta try cuba2 tegur mana kurang, hemah itu pnting :)

~Cik Mahfuzah Mardy betol..skrg sume da berjaye, lagi bnyak yg kne baiki.....mkin bnyak cobaan dariNya....makin kuat kita diuji..mkin mngajar kita erti ketabahan....ana x berani nk tegur mmber depan2...tu la klmahan ana....

Jawabku ;
Ukhti ****, AllahhuAkhbar! Kita cuba!


The Game



Thursday, January 19, 2012

Bergantung PadaMu..

Tuju lagu :: Opick-Cahaya Hati ::
disetiap nafas, disegala waktu,
semua bersujud memuji,
memuja asma Mu..
Kau yang selalu terjaga,
yang memberi segala...


Monday, January 16, 2012

AUKU kukuku..

Jangan katakan kita pergi terlalu jauh untuk penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana ia sememangnya tembok pertama yang perlu kita runtuhkan dalam mengembalikan kebebasan mahasiswa.

Contoh pertama, bercakap mengenai suasana selesa yang dihadapi mahasiswa dan juga graduan akibat pembangunan ekonomi dan kemajuan pesat negara. Ini satu kesilapan kerana puncanya :

mahasiswa lebih suka melepak di Mid Valley dan juga KLCC kerana ia konon lambang pembangunan pesat negara, sedangkan mereka sepatutnya pergi melihat bagaimana kehidupan masyarakat bawahan di sepanjang Jalan Klang Lama.

Golongan mahasiswa hari ini lebih rela mengeluarkan RM5 sejam untuk menyewa kereta Kancil untuk membawa teman wanita keluar makan di Sri Hartamas, daripada membeli majalah ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

Kenapa semua ini berlaku? Bukankah ia berpunca dari Auku yang menutup ruang untuk golongan mahasiswa ini berfikir dan bertindak dengan lebih luas lagi?

Apabila ada kumpulan tertentu menganjurkan program yang mahu mendekatkan mahasiswa dengan kehidupan masyarakat bawahan hari ini, mereka menolaknya kerana ia di luar program universiti. Mengapa ditolak? Kerana bimbangkan tindakan yang akhirnya akan kembali kepada kewujudan sebuah undang-undang iaitu Auku. Tidak rasionalkah pandangan ini?

Anda kemudiannya mahu menyalahkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang antara lainnya suka menjaga "tepi kain orang", tetapi sedarkah anda mengapa HEP bertindak demikian dan undang-undang apa yang menekan HEP untuk berbuat demikian?

Agenda berkaitan jumlah graduan yang menganggur yang semakin ramai juga berpunca daripada "hantu raya" yang sama. Graduan hari ini ramai yang gagal mendapatkan pekerjaan kerana mereka tidak berfikir sebagai seorang graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Ia juga berpunca dari Auku yang membelenggu pemikiran mereka.

Sebagai contoh,graduan dalam bidang pendidikan hanya memikirkan bilakah dia akan diterima mengikuti program KPLI untuk selanjutnya menjadi guru. Cuba persiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan lain, dengan berfikir secara terbuka bahawa di Malaysia ini ada pelbagai bidang kerja, ada pelbagai bidang masalah yang memerlukan cerdik pandai, ada pelbagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang memerlukan pemikir, penggerak dan juga penyokong.

Oleh kerana sejak di universiti lagi anda semua sudah dibelenggu untuk berfikir dengan satu arah, maka apabila tamat pengajian, anda hanya mahu berfikir untuk mendapatkan pekerjaan "yang sesuai dengan kelulusan" membeli kereta Kancil dan seterusnya meminang teman wanita anda untuk hidup aman damai tanpa memikirkan mengenai nasib orang lain.

Kesemua ini akan membawa kita untuk menyalahkan Auku semula yang menjadi punca kepada semua masalah tersebut. Kerajaan memang tepat apabila mengatakan mahasiswa hilang kreativiti dan malas berfikir kerana itu adalah satu kejayaan Auku.

Ia bukan bermaksud malas berfikir dan hilang kreativiti secara total, tetapi anda semua hilang kreativiti bagaimana untuk bertindak selaku mahasiswa di sebalik kongkongan Auku, dan anda malas berfikir bagaimanakah cara untuk "beraksi" selaku mahasiswa di sebalik pemantaun HEP.

Ironinya, mereka masih lagi malas berfikir. 
Mereka hanya mahu menjadikan status mahasiswa sebagai satu tiket berseronok, mempunyai kenalan yang ramai dan berlagak sebagai golongan pemikir elit.

Fikirkan rasionalnya!
p/s : rujuk malaysiakini..

ubahsuai oleh mahfuzahmardy

Saturday, January 14, 2012

Aku Bukan Arkitek



Assalamualaikum, 

Skop jurusan! :)
Apa yang orang lain tak tahu?
Kalau dalam Asasi UIA ni kan, ramai yang tak tahu bahawasanya kami pelajar 
ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN 
tidak semestinya akan menjadi seorang Arkitek!

Dan untuk course ni....
Kalau jumpa sanak saudara mesti tanya
 "course ape?" 
bila jawab 
"Architecture"
 mesti diorang akan ucap
 "wah! bolehlah ganti ayah"
"bolehlah sambung company ayah"
" jadilah Arkitek muslim..."
"dah ayah kontaktor, senanglah banyak cabang..
abang jaga company, akak jaga bisnes, kak jah arkitek.."


(hmm.. iyakan.. padahal course itu adalah hanyalah nama, walaupun sekarang belajar semua basic pasal Architecture, asas bidang-bidang reka bentuk alam sekitar..tapi aku tak nak jadi arkitek dan takkan teruskan course pure Architecture pun)

Arkitek bukan pilihan.
Ramai kawan-kawan nak teruskan pengajian degree nanti dalam bidang Architecture, InsyaAllah untuk korang! Diri ini pula tidak terlintas untuk menjadi seorang Arkitek malahan tak rasa untuk berganjak dalam bidang itu.

Hati untuk suka dan minat kita lain-lain kan?

Apa pilihan Sister?
Empat tahun program ijazah selepas berjaya menyelesaikan program matrikulasi UIAM. 
InsyaAllah sekarang berdepan dengan semester akhir di cfs IIUM.


Mengharapkan sangat-sangat untuk dapat "URP" bila ijazah nanti. aminnn 


Friday, January 13, 2012

Gambar Bercerita

Err Err Perasaan Ini...


Rasulullah s.a.w. mengajar kita berdoa 
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada ilmu yang tidak berfaedah, amalan yang tidak diangkat ke langit dan doa yang tidak diterima”
(Riwayat Hakim melalui Anas r.a)




















Thursday, January 12, 2012

Islam Tidak Mengharamkan Perasaan Cinta.


Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang.

Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua,-walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!

petikan via 
APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Alhamdulillah..

Kunci Hidupmu..

Adore..

Tuesday, January 3, 2012

On a Hiatus!

Assalamualaikum, and hello to all of you! And i mean that. Yes! in the years since i started this blog, i have made real friends, permanent reader around the world, and thank you for the supporters! But, the time has come for a hiatus, but not possible permanent, thanks for your support and encouragement over the years.

"Throughout life you will meet one person who is unlike any other. This person is one you could forever talk to. They understand you in a way that no one else does or even could. This person is your soul mate, your best friend. Don't ever let them go, for they're your guardian angel sent from heaven above."

For the moment.. that's all, folks! Thanks again for your interest!

May Allah bless us for all we have done!
Sincerely, 
mahfuzahmardy

Blog Cinta?

     Bila orang menegur, blog ini sangat penuh dengan alergi cinta, penuh dengan percintaan, penuh dengan kecintaan, diri ini hanya tersenyum :) mungkin diri ini mahu jadi doktor cinta mungkin? mungkin diri ini ingin menjadi seorang wakil pengubah cinta dunia yang sementara? mungkin diri ini ingin menjadi perantara cetusan rasa cinta? semua itu cinta belaka! ya, terlalu banyak! senyum lagi :) apa yang pasti hidup ini penuh dengan lagu-lagu cinta yang kadang-kadang kontra dipandangan mata kerana cinta itu ada banyak ragam, banyak kesah, dan ada yang benci cinta. mungkin! suburkan cinta dalam hati pada Tuhan dahulu...



Kesah cinta akan berlaku pada setiap manusia dan insan, cuma apa yang kita boleh bantu, sebarkan rasa cinta pada yang sebenar-benarnya, latihlah mencintai diri sendiri moga dicintai Ilahi :)

Monday, January 2, 2012

My Gadgets and Gifts!

gadget is something that has been adapted to help to get a good use. Lotsa of gadgets now have been created for a laugh as a joke and something like that la.. 
My Superior!
*tq dad
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha
*tq mum!!
My BB comel
*tq dad!!

nikon
*dad hav spent a lot of money!

Remaja Cinta Tuhan


Seribu Penyerahan

Tuju lagu :: Opick-Rapuh ::
meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu..
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu..
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu..
dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta..

Ada kelompok yang bila mana dalam keadaan sihat, senang dan lapang mereka lupa akan Allah sehinggalah ketika didatangkan cubaaan barulah mereka bersujud kembali bertaubat kepada Allah. Tidak mengapa! Allah Maha Pengampun, pasrahkan diri, bertaubat nasuha dan menyesali kelalaian selama ini, InsyaAllah akan mendapat keampunan dariNya. Ingatlah! Allah telah mengancam orang-orang takkabur dan enggan beribadah serta berdoa kepadaNya dengan Neraka Jahannam!

Firman Allah :
"Dan Rabbmu berfirman : "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk naar Jahannam dalam keadaan hina dina."
(QS Al-Mukmin : 60)

Dan pada Hari Kiamat nanti Allah akan mengumpulkan orang-orang musyrik dan setiap orang yang beribadah kepadaNya.

Firman Allah :
"Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikan dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui. Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji"
(QS Al Faathir : 13-15)

Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara dan senang invisible, sangat singkat! Semoga kita selalu mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Jangan lupa juga untuk mengikuti tausiyah (usrah secara rutin), ia sangat membantu!! Perlu dicatat, bergaul dan menyertai tausiyah, atas sebab iman turun naik dan berombak, maka jagalah ia tetap stabil pada keadaan tinggi, menambah penyertaan dalam usrah! Ayuh!

Sumber Rujuk dan Selidik :
Kitabullah
Kitab Ingat Allah Hati Tenang


Alhamdulillah 2012!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah pada tahun baru ini, wajah blog pun dah semakin keperempuanan a.k.a girly! Oh my! Asalnya tak pernah terfikir untuk membuat perubahan yang huhhh jauh dari perwatakan sebenar penulis! Cik pujah lasak ok! :)

Manusia ini boleh berubah, diri sendiri sahaja yang dapat menentukan ingin berubah ke arah yang baik atau sebaliknya. InsyaAllah kita sama sama mengambil ibrah dari segala apa yang berlaku. InsyaAllah..

Setelah berhempas pulas menamatkan semester dua a.k.a shortsem, agak kurang masa untuk berblogging. Bukan sibuk sangat pun sebenarnya, tapi ada sesuatu yang membatasi.

Moga pada tahun 2012 ini memberi banyak perubahan untuk kita semua insyaAllah.

Apa yang cik pujah cuba harapkan, moga sifat malas ini pergi jauh jauh dari hidup untuk tahun ini. Pastikan dapat rehat yang cukup untuk mengharungi semester tiga yang juga penentu untuk ke main campus nanti. Ya, memang semester tiga adalah semester yang berlambak dengan projek projek, memang tak dapat tidur ikut masa tapi cukuplah merasa nikmat badan berehat seketika, dah bersyukur sangat :)

Moga bisa menjadi saudagar di muka bumi ini seiiring kelangsungan dalam beribadat padaMu.
Permudahkanlah segala urusan. Salam Tahun 2012 :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...