Wednesday, April 25, 2012

Terbang.

Dua hati menyulam cinta,

Janji berpadu kata dikota,

Seiring Doa yang didamba,

Menjadi kekuatan Hati dan Jiwa…

Friday, April 13, 2012

POST A COMMENT


Assalamualaikum adindaku sayang...

Astarghfirullah hal azim... Ku mulakan kalam dengan lafaz istighfar kerana mungkin apa yang bakal diperkatakan banyak khilafnya...

Sebentar, mari sama-sama kita muhasabah pada satu pujukan dalam surat cinta daripadaNya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan shj mengatakan aku telah beriman, sedang mereka belum diuji (Al-ankabut :2)

Benar, terluka itu sakit.
Benar, dilukakan itu pedih.

Benar.. kerana dulu, ketika kecil, saat kita mula bertatih, melangkah setapak dua ke hadapan... kita jatuh dan menangis... Kalaulah.. kalaulah pada saat itu kita berputus asa. Biarkan diri terus duduk, tidak mahu berdiri lagi kerana takut akan terjatuh dan terluka. pastinya kita tidak mampu berjalan saat ini.

Ketika kita jatuh... mungkin sahaja kita tidak pernah terfikir yang sekarang kita mampu berlari jauh...

Adindaku sayang,

Dunia ini terlalu sebentar untuk kita merasa terluka. Benar sayang, mungkin sahaja diri ini tidak berada di tempat kamu. Maka senanglah mengatakan sabar, bertenang, ini semua dugaan dariNya. Benar sayang, tidak pernah kunafikan semua itu, malah tidak pernah pula diri ini hendak merasa terluka andai jauh di sudut hatimu membentak keras. Kerana... Hanya Allah yang Maha Mengetahui duduk letak hatimu saat ini...

Adindaku sayang,

Bila kita lihat langit itu berdiri teguh tanpa tiangnya. Bila kita lihat matahari bersinar, datang pula hujan menyapa..

Bila kita sendiri makan, mandi, ke kelas..

Tidakkah semua itu punya sebabnya?

Apabila kita lihat seorang kanak-kanak menangis, seorang pencuri mencuri, seorang yang dhoif meminta sedekah..

Tidakkah semua itu punya sebabnya?

Maka, apa yang berlaku pasti punya sebabnya. Pasti adikku, hanya kita perlu berlapang dada mendengar, menilai dan menerima seadanya... org terdekat dengan kita pastinya terlalu istimewa...

Kerana waktu dahulu... ketika kita kecil, saat kita jatuh dan berdiri, suka duka semua dilalui bersama...

Lumrahnya manusia dik, apabila terdapat satu titik hitam pada kertas yg putih, titik hitam itu jelas kelihatan, meski yang putih lebih banyak dari segalanya.... moga adinda tersayang menjadi insan yang luar biasa. tutup titik hitam,lihatlah kawasan putih yang meluas....

Benar terluka itu pedih... ubatilah dengan mengingati kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang yang melukakan.
Benar dilukakan itu sakit... ubatilah dengan mengingat kesilapan2 kita terhadap manusia lain.

Pasti...kita juga pernah berbuat silap.

Dan yang terlalu pasti, Allah itu sentiasa menerima kita, walau kita selalu menyisihkanNya.... Malu sangat pada Allah kan... :')

Untuk akhirnya sayang, mari sama-sama kita hayati pesanan baginda Rasul yang amat amat amat kita rindui dan cintai..

“Bukanlah orang yang kuat itu seorang yang pandai bergusti, akan tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya daripada marah.”

Moga Allah meredhai,mengasihi,mencintaimu sayang... teruskan kuat untuk Islam.

Seorang mujahidah dan mukminah...jalannya sentiasa dipenuhi onak dan duri, tapi kecekalan hatinya mampu mengatasi segala. Moga kita tergolong dalam golongan itu.

Hargailah, selagi kita punya waktu untuk menghargai....

Salam kasih kerana Allah.

Wallahu'alam

***** 
terima kasih untuk semua akak. muhasabah.

Listen to her..

Epa Jilani > me!

dear fren..
listen ...
life will not go ssmoothly,,
everytime b4 u happy..
Allah will give u a test.. or maybe many test...

to train u,,
so that u can face these kind of problem in the future..

so stand up frenz..
do not lose ur spirit..ur hope...!!

these nothing i can do 4 u coz the heart was broken ..
but clear ur mind,,,
there are still a part left dat completely still fine,,,
and the part is the white area
dat still not be replace by the black dot

do not only concentrate to the black dot,, but wider ur eyes ,mind and heart,,,there are still alot of white area around the dot,,

come ,,,
be strong,,
be strong,,
take ur time,,
the wound will removes by time..
masyi!!

take a rest frenz

Thursday, April 12, 2012

Global Sadisah.

"I was lonely driving here tonight so I hugged the road."

Assalamualaikum, selamat hari khamis buat medan rakyat sedunia yang aku sayang. Macapada kebulanan april, detik hati merintih sendiri melihat orang terdekat menyelak luka, dirundum kesakitan hati yang teramat. mungkin mereka bahagia memperlakukan sebegini rupa, ya mungkin! ada berkata, kita sedih masih ramai yang gembira, dan orang yang gembira, masih ramai yang sedih. itu putaran hidup dan istiadat dunia yang penuh rona liku hitam! ahh!!

biar aku menyepi, kerna aku bukan siapa-siapa pada sesiapa. aku bukan orang yang perlu dihebahkan berita, dan aku naiki takhta, aku orang yang menjadi sasaran prasarana detik gembira, dan aku tak diperlukan. itu laval yang aku patut berdiri. 

apa kau rasa bila diri dinyah orang tersayang? dibalun hingga dilayan sejauh jalan yang tak berturap dengan hilangnya jiwa kasih sayang dan keprihatinan. mungkin hati ini memerlukan beribu saat, cukup! saat ini aku tak ingin ada khabar dari sesiapa. cukup semua gembira. yes!

yah, pada lanjutan semester akhir, semua dugaan datang, yang tak pernah aku undang, hoi kenapa saat ini!!!? aku tak submit projek, sebab sucked!! faham? jangan sampai aku mula give up! ahhh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

doakan semua bahagia.

terima kasih untuk kenangan TERINDAH yang takkan aku lupa selagi amnesia, alzheimer tak menjemput.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...