Friday, May 11, 2012

Tuhan, Jagakan Dia.


Ya Tuhan, ampunkan dosa diri dan hati ini, lantaran kerana kekadang dibuai perasaan rindu yang taksub dengannya, kekadang rasa ingin disayangi secepatnya sehingga aku terlupa batas syarak yang kukuh tegak dalam ad-dinMu. Jangan pernah hilangkan rasa suka pada manusia, jangan pula hilangkan rasa cinta yang tak terhingga pada sesuatu sehingga diri ini merasa terbeban atas heretan jauh fitrah yang ingin dicintai.

Ya Tuhan, jika benar mahligai indah, bahtera tersergam indah akan jadi milik kami bersama, utuhkan rasa bertaut dalam diri, utuhkan rasa kesetiaan sehingga langkah halal yang akan dibawa kelak. Ya Allah hanya berjauhan cinta tetap berputik, alangkah kejam jika aku hanya merasa tertunggu dan menunggu, biarkan dua jasad ini memperoleh barakah dalam perkahwinan kelak.

Biarlah tanpa bicara, biarlah tanpa pertemuan. Pasti dengan perancangMu Tuhan, Kau utuskan dia yang terbaik. Biarlah titik-titik hitam tidak mencalarkan rentangan putih yang tersedia bukan dicoret rakus dengan dosa kemaksiatan.

Suatu hari, ia pasti akan tiba. Allah memberikan ruang untuk bermuhasabah. Mencari dia tidak mudah dan tidaklah payah. Berkat iringan doa. Ada tetap ada. Sabar wahai hati, kejarlah apa yang terpenting di depan mata dahulu. Allah punya kuasa. Bidadari syurga bukan sembarangan, ada sabar dalam ujian. Doa. Tolong jagakan dia untuk aku Ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...