Wednesday, June 27, 2012

Zalimkah Dia?



Saiyidina Ali Abu Talib  pernah bermadah, maksudnya: 
Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. 

Teringat pula syair Arab yang menyampaikan bibit kata,
Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.

Friday, June 22, 2012

Permasalahan Besar



"Don't be a prisoner of false ideas.. The Quran and Sunnah will set you free!"

Dunia kini,

Sebahagia besar umat Islam kini sedang asyik dan dipesongkan dengan identiti mereka sendiri, sehingga lupa tentang hakikat dan risalah Islam, sedangkan mereka kini masih lagi tercari-cari apakah sebab kewujudan mereka, apakah tujuan keberadaan di dunia fana ini. Sehingga sampai masa, mereka tidak mampu melihat jerat-jerat yang dipasang menuju kegelapan, dan tidak kurang mereka tidak sekali pun mengetahui perbezaan siapa musuh siapa teman. Kita pula tidak sedar racun-racun yang giat dibancuh disebalik manisan yang zahir. 

Nah! takut bukan? masalah-masalah ini besar sebenarnya, hanya diri yang sedar sahaja dapat merasakannya.
Sehingga kita kembali kepada kebenaran yang sebenar bahawasanya Allah melihat apa giat laku kita, Tuhan pula tidak perah hendak menyeksa kita malah memberi ujian setimpal dengan kesedaran. Tuhan Maha Baik, itu Allah...


Wallahualam..

Thursday, June 21, 2012

Bertuhan.


"Jiwaku bergoncang bila kusebut namaMu, mengapa Tuhan, Engkau masih selamatkanku,  
memberi rasa syurga, sedang jiwa terbakar habis oleh dosa yang tak pernah berhenti, 
 tidak terhitung oleh ku banyak dan besarnya derhaka, 
terima kasih Tuhan masih sempat sujud buatMu.."
-kitab cipta syurga hati-


Wednesday, June 20, 2012

Depan dan Belakang


Opick-Cahaya Hati.
Allah engkau dekat, penuh kasih sayang..
takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis..

Untuk ke hari depan, dan nota ke hari belakang.

Assalamualaikum, tersangat jauh rasanya jarak waktu pengeposan yang lepas sehingga hari ini, sukar ingin aku nyatakan sepanjang hematnya aku hidup selama ini, tiada pernah pun ada saat bahagia. ya, kerana banyak bahagia dari kesakitan. Cuma kadang kadang itulah, sakit itu mengundang, kenapa? sebab tak jaga hati? kenapa hati? fikirkanlah...

Untuk Seorang Mujahidah

Kasih sayang dibelai kesetiaan..
pertautan hati dicapai dengan sama-sama berjuang..
hatiku dan hatimu..
Islamlah yang mengingatnya..
jiwaku dan jiwamu..
ALLAHlah yang mempertautkannya.

Dan ketika itu tiada lagi yang terbuku
segala terlerai tulus di kalbu..
segalanya terlerai demi ukhwah..
segala-galanya terungkai kerana mujahadah..
lalu di antara kita tidak ada antaranya lagi!
-di mana dia di hatiku, halaman 253-

untuk kamu di hari depan, moga kita bersama dengan takdir dan menyingkap takdir itu punyai mehnah yang tersembunyi dari penggamatan manusia, mungkin itu boleh meredhakan hati..

untuk kamu di hari lepas, moga kita bersama dengan kenangan yang bahawasanya, sesuatu yang terjadi itu bukan dirancang manusia juga, Allah, Tuhan pencipta jiwa dan hati ini juga yang menetapkan ia. 

untuk kamu yang membaca, bukan jalan itu berhenti di sini, tetapi mari teruskan mengggamati jiwa-jiwa lain yang juga memerlukan belaian mesra, jangan hilang sabar, jangan hilangkan kasih sayang walau dibenci orang, walau tidak tertaut lagi, ingatlah Allah yang merancang dan sendu kita ini Allah yang mendengar. Tidak lupa, hasrat itu fitrah.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...