Sunday, August 26, 2012

Cara Aktifkan NIKON SB-700's Remote Flash.

SB700- Complete Set-
Tarikh dan Masa menjadi HakMilik : 
25 April 2012 | 5.22 PM.
DRSL PRO SHOP, Digital Mall.
RM 990 + 1 year warranty. 
Original. Genuine. 

Assalamualaikum, 
Entry kali ni nak kongsi cara aktifkan Remote Flash pada External Flash SB700.

Caranya.

1. SB-700's switch ke REMOTE.
2. Skrin seperti di bawah:

---
REMOTE
GR A B C
CH 1 2 3 4
---

3. Tekan MENU dan pilih REMOTE, lepastu tekan OK.
4. Akan keluar Advanced dan SU-4. Pilih SU-4 dan tekan OK.
5. Tekan MENU sekali lagi dan akan terlihat di skrin seperti ini :

---
REMOTE SU-4
AUTO
M
OFF
---

Alhamdulillah, anda siap aktifkan SB-700 sebagai remote flash. Tapi lebih berkesan jika anda pilih Manual Mode sebab ia boleh mengawal kekuatan dan keupayaan flash. Jika anda menggunakan Auto-Mode, jarak maksimum SB-700's light sensor hanya boleh detect 7m (23 ft.) berhampiran built-in flash unit yang tersedia pada DSLR anda! 

6. Ubah ke Manual Mode, dengan gerakkan ke bawah pada slider control ke huruf "M" (Manual Mode). 
7. Anda akan dapat perhatikan M 1/1 yang tertera, ubah ke M 1/128 (which is strong enough) untuk meningkatkan kekuatan flash. Untuk ubah level, tekan "SEL" dan pusingkan sehingga mencapai level M 1/128.

Alhamdulillah, anda boleh menggunakan flash dan letakkan external flash di mana-mana spot yang menarik untuk mendapatkan kesan gambar yang bagus!! 

p/s :  Untuk offkan REMOTE, hanya switch balik ke ON. Kalau tak jadi inform saya!

Wallahualam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...