Wednesday, October 16, 2013

Yang Namanya Manusia.


Tuhan berikan setiap manusia ini berbeza kemahiran inteleknya, berbeza penyampaian ilmiahnya dan sungguh benar terlalu banyak beza.

Seperti aku juga, aku punya banyak titik-titik perbezaan dengan kalian sehinggakan ada satu masa kau terlalu ghairah mempertahankan azimatmu, dan aku sangat ghairah dengan pendirian aku. Cuma satu perlu tahu, kita jadi magnet yang berubah secara damai. Magnet tidak memerlukan sebarang senjata untuk mengalihkan satu sama lain, mereka menggunakan kuasa tarikan dan tolakan sahaja. Cuba.

Bila bernama manusia hal perhubungan juga satu perbezaan. Hendak dan tidak hendak. Kemahuan dan tidak mahu. Kamu mahukan dia, dia menolak kamu. Sinonim benar dengan kenyataan realiti sekarang. Apa perlu beringat, redha. Cuba lagi.

Selesai satu masalah, ada lagi masalah lainnya. Perihal politik, ah benar! ada yang terlalu ekstrem mendendangkan propaganda masing-masing. Ya namanya pembangkang, apa lagi mahu mereka hanyalah terus sahaja membangkang. Ada yang membangkang ikut akal, ada yang membangkang ikut orang atas hebahkan apa, dia pun senang-senang jadi pak turut. Cuba berubah.

Bila orang jahil berbeza pendapat dengan orang cerdik (kata mereka), amboi sombong sahaja si cerdik rendah-rendahkan si jahil. 

Teringat pesan kawanku :

Firdaus Shafiee "Kesilapan yang selalu berlaku pada orang yang baik adalah merasakan diri sudah baik dan selamat".

Itu sahaja kemerepekan ilmiah aku kali ini. Salam Beza, Salam Aidiladha 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...