Saturday, June 11, 2016

Perancangan Bandar dan Wilayah @ IIUM Gombak.


Assalamualaikum wbt, 

Perancangan Bandar dan Wilayah adalah satu-satunya jurusan yang diminati oleh saya sejak berada di asasi lagi. Hasil dari cerita dan kesah-kesah yang dihidangkan oleh saya ketika belajar di Asasi UIA Petaling Jaya telah sedikit sebanyak membuatkan saya mulai minat dengan skop jurusan ini. Alhamdulillah ketika ini saya sedang berada ditahun tiga pengajian, insyaALLAH lagi beberapa bulan akan menginjak masuk tahun keempat pengajian. Saya sedang menunggu pengambilan latihan praktikal pada 20 Jun 2016 di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. 

Terdetik di hati saya untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menadah ilmu di IIUM Gombak ini, dan akan terus lebih fokus untuk bercerita tentang jurusan saya dan kuliyyah yang saya sayangi iaitu Kuliyyah of Architecture and Environmental Design yang juga dikenali dengan 'KAED'. 

Di awal pengajian saya di sini (IIUM), saya telah melalui banyak liku-liku kenangan pahit dan manis sebelum dapat menjejakkan kaki di IIUM Gombak. Tidak mengapa, syukur alhamdulillah saya telah berada di sini dan lebih selesa di sini (jika tidak, mahfuzahmardy sudah pun menjadi salah seorang penuntut UTM, nyaris-nyaris). 

Bidang Perancangan Bandar dan Wilayah atau Urban and Regional Planning (URP) adalah bidang di mana pelajar diberi ilmu dalam merancang sesebuah bandar atau kawasan. Bidang perancangan ini sangatlah menyeluruh sehingga mendominasi semua aspek penting dalam pembangunan sebuah wilayah /  negara / negeri / daerah sehinggalah kawasan-kawasan kecil. Perancangan Bandar dan Wilayah akan merangkumi banyak sektor untuk diambil kira dalam merancang, menyusun dan membangunkan sesebuah kawasan. Antara sektor utama adalah Guna Tanah (Land Use), Pengangkutan (Transportation), Kemudahan Awam (Public Facilities), Utiliti dan Infrastruktur (Infrastructure and Utilities), Alam Sekitar (Environment), Sosio ekonomi (Socio-economic), Reka Bentuk Bandar (Urban Design), Perumahan (Housing), Komersial (Commerce), Industri (Industry) dan banyak lagi sub-sektor yang berkaitan. 

Jika belajar di IIUM Gombak, Jurusan ini adalah termasuk antara 5 jurusan yang ditawarkan di bawah Kuliyyah Seni Bina dan Alam Sekitar (Kuliyyah of Architecture and Environmental Design). Jurusan ini berada di bawah seliaan  Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (Department of Urban and Regional Planning) yang juga merupakan Jabatan yang berada di bawah bumbung Kuliyyah Seni Bina dan Alam Sekitar. 

IIUM Gombak menawarkan 4 tahun tempoh Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah bagi pelajarnya. Dalam tempoh 4 tahun, jika subjek studio, kami di ajar mengikut level-level yang ditetapkan mengikut Course Outline kami. Berbeza sedikit dengan institusi-institusi pengajian lain di Malaysia yang mana rata-rata antara mereka melalui proses pembelajaran studio based bermula dari NPP > SSP > LP > SAP. (Baca lanjut tentang Planning System in Malaysia.).

Jika di UIA aka IIUM, saya mulai dengan pendedahan tentang sektor-sektor yang terlibat, Layout Plan, Masterplan, Models dan pendedahan tentang Guidelines dan DPR. Pada tahun dua pula, saya melalui proses pembelajaran tentang Rancangan Kawasan Khas (Special Area Plan) dan Rancangan Tempatan (Local Plan), kemudian pada tahun ketiga bersiaga menyiapkan State Structure Plan dan Laporan Cadangan Pembangunan (Development Proposal Report) dan tahun keempat fokus menyiapkan Project Paper serta selesaikan subjek-subjek yang berkaitan. Selain subjek studio, subjek-subjek lain turut diaajar termasuklah Planning Theory, Planning LawEconomic, GIS, Autocad, Urban Design, Transportation dan lain-lain. 

Segalanya menggunakan bahasa Inggeris ye..  (sis dah pening nak translate bi-bm huhu)

Pengajian kami lebih dekat dengan kehidupan Studio , Alhamdulillah studio URP di IIUM Gombak adalah antara studio yang tercantik dan selesa yang telah disediakan oleh universiti untuk pelajar yang mana kami diberi kemudahan set cubicle, table and comfortable office chairs, dan pantry seolah-olah kami sedang berada  di dalam sebuah Office. Menarik! Jom jadi warga URP! :D

Setiap jabatan, ia mempunyai Department Based Society (DBS) yang tersendiri. Jika URP, kami mempunyai Planmic Society. Planmic Society adalah Sub-society yang berada di bawah Kuliyyah Based Society (kbs) iaitu dikenali sebagai Archimic Society. Senang cerita begini, badan pelajar di Kaed bermula dengan MPP KAED @ SRC KAED - Archimic Society (KBS) - Planmic Society (DBS) - Batch. Jangan lupa follow ig @planmiciium dan fb @ Planmic Society, KAED. IIUM.

Oh.. MIP! 'The Malaysian Institute of Planners is a professional institute that is a membership-registered organization. Most of its members are fully qualified professional town planners, working as planning officers with various federal, state and local authorities, as town planning consultants, lecturers in universities or as planners for developers and various organisations with significant land banks'. So, jika jadi student URP jangan lupa register ye! 

Best! Cuba dulu URP tak rugi!

p/s : nanti sis sambung lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...